Rabu, 2009 Mei 27

Pertemuan Kembali

Semalam Selasa, 26 Mei 2009 menjadi hari yang sangat mengembirakan aku. Dah lama merancang nak hang out dengan kawan-kawan lama, baru semalam jadi kenyataan. Maklumlah, sejak meninggalkan Pejabat EXCO, masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing yang lebih mantap dan lebih membanggakan.

Aku...jadi DJ lah...Asab sekarang dah jadi secretary di UiTM...Maria pulak, dah keje kat Karangkraf dengan gaji ribu riban...hehehehe! Yang pentingnya, setelah bertahun-tahun berlalu, masing-masing dah bergelar isteri.

Pertemuan semalam cukup bermakna bagi aku. Entah la, memang aku rindu sangat-sangat saat kitorang sama-sama keje di Pejabat EXCO Datin Paduka Seripah Noli. Walaupun pejabatnya kecik tapi hubungan kitorang dah jadi macam adik-beradik. Suka duka dikongsi bersama. Kena marah sama-sama...kena "mangkuk" pun sama-sama rasa.

Aku...Asab...Maria...Pejal dan Yanti. Yanti? Mana Yanti??? Haluan dia dah jauh berbeza, dia pun dah jauh berbeza...

Pertemuan kami semalam, walaupun sekadar bertiga tapi terasa betapa indahnya saat tu. Lebih mengembirakan, masing-masing cerita tentang hal masing-masing yang bakal jadi ibu tak lama lagi.

Maria tengah pregnant 8 bulan...dia sempat tunjukkan gambar scan baby dia, so cute! Hidung sebijik macam hidung dia yang mancung tu! Bahagia sungguh life dia sekarang yang dah bergelar Eksekutif Pemasaran di Kumpulan Karangkraf. Tak lama lagi lengkap la life dia di samping suami tercinta...Megat dan juga baby yang bakal dilahirkan tak lama lagi.

Asab pulak...juga tengah pregnant, nak masuk 3 bulan. Macam-macam pengalaman mengandung yang aku dengar, termasuklah menangis sambil tumbuk bawang di dapur sebab merajuk mak suruh masak...Hahahaha! Asab pun tak kurang hebatnya sekarang, dah bergelar "akak secretary" di Uitm dan kini bahagia bersama suami tercinta...Azhar a.k.a Pet.

Aku?

Dari segi kerjaya...emmm ok la, takde la hebat sangat jadi DJ radio ni. Rumahtangga? Alhamdulillah, setakat ini bahagia sangat melayari alam rumahtangga denga suami tercinta, Abang Jie. Cuma rezeki anak belum ada lagi....Apapun aku tumpang bahagia dan tumpang gembira menunggu kelahiran anak kawan-kawanku yang dua orang ni! Excited sangat! Tak sabar rasanya aku nak kait sarung tangan dan kasut comel untuk these coming newborn babies!

Khamis, 2009 Mei 21

Udang Galah...Raja Segala Udang

Inilah sumber pendapatan utama orang kampung aku yang membawa pulangan lumayan. Selalunya orang kampung aku akan berpesta Udang Galah setiap kali selepas air banjir surut. Masa tu Udang Galah akan keluar dari sarang persembunyiannya untuk mencari makan.
Orang kampung aku tangkap Udang Galah ni guna bubu atau satu lagi alat yang diberi nama gerogoh. Hasilnya...kalau memang tengah musim udang tengah banyak, sehari boleh mencecah 5-6 kilogram. Bayangkan le...sekilo harga RM32.00, kalau 5 kilogram = RM160.00. Kalau sebulan...RM160.00 x 30 hari = RM4800.00!!!
Huiyyo....kalah gaji pegawai besar tu! Pakcik kayo....!

Rabu, 2009 Mei 20

Kenangan Lalu: Nikah...Dah Setahun Setengah Pun!

Persiapan sebelum akad nikah...hari tu la nak lukis inai, hari tu la nak amik photographer kat bus stand Teluk Intan, hari tu la nak menikah...semua aku nak buat time tu gak! Aku jugak la yang drive kete ke masjid untuk menikah...very iron lady tau!
Tadaaaaa...ini cincin risik dan cincin tunang...

Upacara akad nikah pun berlansung...aku cool je, hinggakan saksi kata "sah" pun aku boleh tak sedar. Rasa macam kawin main-main je time ni...hehehehe
Acara membatal air sembahyang...sarung cincin dan gelang.
Yang ni...baru lepas dinikahkan, dah halal...boleh la pegang lebih-lebih sikit. Hehehehe...

Yang ni masa interview dengan wartawan Anita Abu Hassan dari suratkhabar Sinar Harian...

Kenangan Lalu: Debaran Nak Naik Pelamin

Tiba pula hari bersanding...seperti biasa, iron lady yang sangat independent ini bersiap sendiri tanpa mak andam. Maklum le, bumi desaku nan tercinta dibasahi air banjir yang tidak membolehkan orang luar masuk...makanya, aku kena la bersiap sendiri...huhuhu! Takpe, janji hasilnya meletup! Hua hua hua...

Final touch dah ni...

Tadaaaaaaa.....dah siap!

Selasa, 2009 Mei 19

Kenangan Lalu: Saat Pertemuan Raja Sehari

Dengan majlis yang sederhana (sebab tak ramai yang boleh datang kerana banjir) tapi suasananya meriah la juga dengan paluan kompang dari CD Player Abang Razak. Walaupun kompang tak original, debaran pengantin tu tetap ada...
Cewah...aku dengan malu-malu kucingnya menyambut pengantin lelaki...siap tutup-tutup muka dengan kipas...bila diingat balik, kelakar tul rasanya!

Masa ni, kakak aku membebel marah sebab aku jalan kemain laju. Tak macam pengantin pun. Abistu, nak buat macam mana...ini kan iron lady punya wedding! Wakakakaka!

Kenangan Lalu: Bersatulah Pengantin di Pelamin Nan Hijau

Gambar persandingan penuh aku tak tunjuk sebab dah pun dipaparkan dalam blog ni beberapa bulan yang lalu. Ini sekadar gambar-gambar kandid untuk kenang-kenangan sahaja...ewah!

Kenangan Lalu: Beralih ke Meja Santapan

Pada perancangan asal...meja santapan ni memang nak dimeriahkan dengan macam-macam lauk pauk. Aku siap order hati ayam masak kicap dan berbagai-bagai lagi. Tapi apa nak buat, banjir punya pasal, makan aje la apa yang ada terhidang. Yang penting, hiasan hasil sentuhan adik aku Ijan memang cukup fantastik! Teringat suatu masa dulu Along pernah kata...bila aku kawin, dia nak letak botol kicap atas meja pengantin sebab aku suka sangat makan nasik dengan kicap...tapi on my wedding day, dia tak balik....
Whatever it is...yang penting udang galah tetap ada walaupun bukanlah "Udang Panjat" seperti yang aku inginkan....

Kenangan Lalu: Potong Kek La Pulak...

Masa untuk potong kek pulak...kek dua tingkat ini disponsor oleh kakak aku Kak Zila dan juga adik aku Ijan. Jangan tak tau...bersungguh-sungguh kakak aku bawa kek ni meredah air sungai yang dalam menaiki bot dan meredah air banjir...jauh perjalanan kek ni...from Ipoh to Teluk Intan....terus naik bot ke kampungku nan kebanjiran itu...
Nyam...nyam...nyam! It's yummy!

Kenangan Lalu: Jalan-Jalan Cari Pasal...

Bila sanding dah selesai, makan beradap pun dah selesai...potong kek pun dah selesai, maka kami pengantin ni pun jalan-jalan la keliling laman rumah untuk bermesraan ngan tetamu yang datang...walau tak seramai mana. Orang-orang kampung je...
Seriously...dalam keadaan cuaca yang cerah...terang-benderang tu dan juga pakain yang agak 'rimas' dipakai, memang tekak senang tul nak dahaga. Sebenarnya aku tak sedar pun aksi rakus aku minum air oren ni berjaya di 'snap' oleh photographer aku Aminorazmi...ahaks!
Khaleesa Qistina yang mengamuk tak mau didukung makciknya yang dah berubah penampilan hari tu. Mungkin dia tak kenal agaknya. Lagipun, cuaca panas...rimas la tu kot!

Masa ni aku tarik tangan abah nak bergambar dengan adik-beradik abah yang lain...nostalgia sungguh rasanya gambar ni...

Kenangan Lalu: Posing Outdoor ala Hindustan

Aku suka sangat gambar-gambar outdoor ni...hijau...cerah je mata tengok! Bila ingat balik cerita di sebalik photo shoot ni...boleh tergelak sengsorang! Apa ceritanya tu? Ada laaaaa....ssshhhhhh!

Rabu, 2009 Mei 13

Malam Dinner Yang "Blink-Blink"

Tanggal 17 April baru-baru ni, 3 stesen radio bergabung meraikan penaja-penaja yang dah beli iklan untuk siaran di radio kami, dalam satu majlis makan malam yang penuh glamour. 3 stesen yang terlibat ialah SELANGORfm, KLfm dan NEGERIfm. Tema dinner malam tu ialah "Glitters of The Night" atau "Malam yang Bergemerlapan". Maka, kami semua ni menggemerlapkan la diri masing-masing yang tak berapa nak gemerlap ni.
DJ-DJ SELANGORfm dapat mekap sponsor...siapa yang sponsor? Rahsia la. Tapi mekapnya memang kelasssssssssss sangat! Cantik betul...terima kasih kepada mekap artisnya iaitu Shida dan kawannya. Memang cantik sangat! Shida ni merupakan mekap artis untuk drama popular "PUTERI" lakonan Nora Danish tu. No wonder la hasil sentuhan Shida ni sangat memukau! Walaupun muka aku ni tak berapa la cantik, malam tu terasa la cantiknya (biarpun sekadar pujian syok sendiri....hahahaha)
Bersama DJ KLfm...sama hitam lak malam tu.
Aku dan DJ Suraya...malam tu dia menang sebagai "Queen of the Night" sebab baju blink-blink dia yang memukau hati dan perasaan juri.

Aku dan kawan-kawan...DJ Syed "Ahlan-ahlan", DJ Wawa "Bikin Panas", DJ Nazrie "The Notty Boy" dan DJ Suraya "Cik Mek Molek"

Malam tu ada pertandingan sketsa antara 3 stesen radio. Aku, DJ Syed dan DJ Fairuz mewakili SELANGORfm dalam persembahan kami yang bertajuk "Jin Yang Baik". Aku jadi "Nenek Bomoh"...ni kira nenek bomoh moden la sebab mata kelabu! Kwang kwang kwang! Tapi, jangan main-main sebab kami menang malam tu...JOHAN! Wa cakap lu....


Yang ni...dengan Cik Abang Sayang la pulak....

Ijan dan Raja Lawaknya

Adik aku...Ijan, dia ni keje katering ngan pak sedara kitorang..."Yeop Catering". Selalu la pegi merata-rata untuk buat kejenya ni. Salah satunya ialah untuk "RAJA LAWAK 3" yang dah pun berakhir yang mana, kumpulan Sepah telah dinobatkan sebagai Raja Lawak nyer.
Jadi, bila dah berbulan bagi bebudak Raja Lawak ni makan, maka diorang ni pun dah jadi macam kawan-kawan...kawan-kawan ker? Kakakakaka...tak tau la aku!

Kumpulan Sepah


Jihan

John dari Kumpulan LNJ

Lan juga dari Kumpulan LNJ

Kumpulan Chot

Am

Yan

Syem
Dan pengacaranya...
Johan...

serta Zizan

Selasa, 2009 Mei 05

Sesekali Nak Syok Sendiri...