Isnin, 8 Disember 2008

Zaman Abang Kurus

Melaram di Pelaminan...

Gambar-gambar ni...posing 2 hari selepas habis majlis kenduri di rumah aku. Masa hari kenduri tak boleh nak berposing lebih banyak kat atas pelamin sebab kekangan waktu yang teramat sangat. Almaklumlah...bila dah banjir, segala urusan dah jadi double. So, tak banyak masa nak pose atas pelamin. Yang ni buat sendiri jer....

Majlis Sambut Menantu

Majlis sambut menantu diadakan pada 29 Disember 2007, seminggu selepas majlis di rumah pengantin perempuan iaitu aku...hehehehe! Majlis berlansung di Taman Impian Emas, Skudai, Johor Baharu, Johor Darul Takzim. Serba sederhana tapi meriah. Yang pastinya, sekali lagi aku mekap sendiri...bersiap sendiri. Pelamin...kakak ipar aku yang buat sendiri. Warna pun caca marba! Aduhai...






Melaram Dalam Studio!

Teringin pulak nak melaram dengan pakaian pengantin kat dalam studio. Ada satu studio di Seksyen 8, Shah Alam (Ryn's Avenue) yang menyediakan persalinan untuk orang yang 'comel' macam aku ni. So, apa lagi...aku tak tunggu lama, terus ajak abang jie pegi. Almaklumlah, bukan senang nak dapat studio yang menyediakan pakaian cantik sesuai dengan orang 'comel' ni. Hahahaha! Aku ni bab mekap, memang agak cerewet. Er...sangat cerewet sebenarnya! Sebab aku ada kemahiran dalam solekan ni walaupun tanpa sekeping sijil. Tapi bab menyerikan wajah ni, tak usah nak main-main la dengan aku. Memang susah nak satisfied kan aku ok? Eeeiiii...teruk tul pompuan ni! Hehehehe...tapi bila di Ryn's Avenue ni...segalanya buat aku puas hati. Dari layanan...pakaian sampai la ke solekannya...sangat memuaskan hati!

Maka dengan itu, bersalin-salin la dengan 3 persalinan mengikut pakej yang disediakan. Mula-mula dengan persalinan warna maroon...sangat cantik bajunya. Diikuti dengan warna kegemaran aku iaitu hijau tapi yang ni hijau epal. Lepas tu diakhiri pula dengan persalinan songket tabur warna ungu bijik kundang. Melaram habis la aku dan Abang Jie. Berhabis duit sikit takpe la, yang penting puas hati. Bukan selalu kan? kita kawin sekali seumur hidup. Even if berkali-kali (harap2 tak jadi kat aku), wajah kita dah lain, body pun dah lari...Walau apapun, terima kasih banyak-banyak buat Kak Ryn dan suami yang memang bagi layanan 1st Class untuk aku dan Abang Jie. Kalau nak tau...mekap je dah amik masa 1 jam...shooting 4 jam ok? Aduhai...macam ni la agaknya perasaan seorang model majalah ek? Mekap lama...shooting pun lama. Sangat memenatkan.


Well...inilah hasilnya...

Hari Persandingan Yang Penuh Dugaan!

Tanggal 21 Disember 2007 aku selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz sahaja. Maka dengan rasminya aku menjadi isteri yang sah kepada seorang lelaki bernama Syed Tarmizi Syed Idris. Esoknya, 22 Disember...aku disandingkan. Hari persandingan aku memang penuh dengan dugaan. Dugaan paling utama ialah banjir yang menenggelamkan jalan untuk masuk ke kampung. Kesemua laman rumah penduduk kampung ditenggelami air tapi Alhamdulillah, kawasan rumah aku kering dan syukur juga dipanjatkan kerana sepanjang hari persandingan aku, cuaca sangat baik. Namun begitu, yang dapat menghadirkan diri cuma dalam 100-200 orang sahaja. Itupun orang-orang kampung yang datang menaiki bot atau sampan. Orang luar...terpaksa sewa bot penambang dan meredah laluan yang 'agak berliku' untuk sampai ke rumah. Mana yang tak sanggup, terpaksa patah balik ke rumah masing-masing. Kesemua teman-teman dan peminat yang dah rancang nak datang, terpaksa batalkan niat. Aku pulak, pertama kali dalam sejarah...selalunya kita akan mengalu2kan kedatangan sahabat handai meraikan hari bahagia. Tapi aku terpaksa buat pengumuman di radio, maklumkan kepada sesiapa yang nak datang kenduri aku, batalkan niat nak datang sebab jalan untuk masuk ke kampung ditutup kerana ditenggelami air. Mujur kerja dengan stesen radio...boleh la buat macam tu kan...

Tapi, Alhamdulillah la...majlis persandingan aku berjalan dengan meriah walaupun tak ramai yang datang sebab tak boleh nak datang serta tetap meriah walaupun tanpa paluan kompang yang real (yang ada cuma paluan kompang dari CD jerk...) Memang jadi kenangan terindah buat aku dan suami sebab pengalaman majlis perkahwinan kami begitu unik walaupun kalut dan seksa sikit....hehehe!

Disebabkan banjir, mak andam pun tak boleh nak datang untuk siapkan aku. Jadi terpaksa la mekap sendiri dan bersiap sendiri. Mujurlah pelamin dan segala kelengkapan lain sempat disiapkan sebelum air mula naik. Wedding aku ni, memang sangat-sangat berdikari. Every single thing aku buat sendiri. Mujur tau nak buat...just imagine kalau tak tau lansung nak mekap, nak pakai sendiri baju dan aksesorinya?



Pelamin idaman mengikut apa yang aku impikan selama ni. Yang pastinya, hijau tetap di hati...


Kamar beradu pun...tetap hijau beb! Semua panjat sendiri, gantung sendiri...


Berdiri dari kiri: Abah, Jie, Azura dan Mak. Duduk dari kiri: Ijan, Khaleesa dan Kak Zila

Aunties in Green...Dari kiri: Anjang Ton, Wancu Som, Wancik Onte, Jie, Azura, Makwan Ana dan my mom. Ayahcik aku kata...diorang ni kumpulan nasyid jemputan. Hahahaha!



Abah empat beradik di laman rumah yang penuh nostalgia...


Dari kiri: Ayahcik (Anak ke-5), Anjang Ton (Anak ke-3), Ayahcu (Anak ke-6) dan Abah (Sulung). Yang tiada dalam gambar...Mak Ngah (Anak ke-2...Dah kembali ke rahmatullah), Ayah Uda (Anak ke-4...tak dapat datang sebab banjir) dan Ayah (Anak bongsu...ada tapi entah ke mana la dia pegi waktu nak shoot gambar ni)
Lastly...baru la dapat amik gambar ayah ngan anak menantu dia sekali. Dari kiri: Akim (Anak bongsu Ayah), Azua (Anak angkat Ayah), Jie, Azura, Ayah dan Shah (Suami Azua)

Sehijau Alam...Seindah Bisikan Cinta!

Sekali seumur hidup...photo shoot ni memang sangat menuntut kesabaran. Masuk semak, redah banjir, rentasi sungai dan macam2 lagi la...Tapi, hasilnya...lihatlah sendiri...

Gambar-gambar ni shoot kat keliliang rumah je. Kat gerogoh (bubu) abah aku...kat tepi tebing sungai depan rumah, kat bawah pokok rambutan tepi kolam ikan. Tapi bila dah dizahirkan dalam sekeping gambar...Wow! Cantik sungguh pemandangannya...tak sangka!
Next....
Yang ni pulak, dah bergerak ke seberang sungai...menikmati keindahan sawah padi yang terbentang menghijau...waduh!


Anak Angkat?

21 Disember ni genap la setahun aku melayari alam rumahtangga. Tapi setakat ini, di saat catatan ini dibuat, aku masih belum berpeluang untuk bergelar ibu...satu tittle yang paling keramat untuk dianugerahkan kepada setiap wanita yang telah berumahtangga. Tapi takpe la...ini semua kuasa Allah. Ada sebab kenapa Dia belum nak bagi aku gelaran keramat tu...

Okaylah...tak nak cite sedih2. Sekarang nak cite pasal si kiut yang nakal ni. Nama dia Tasya. Dia ni pada mulanya aku nak amik jadi anak angkat aku. Nak bela...nak jaga dan nak bagi kasih sayang serta pelajaran secukupnya.


Tasya ni...dari broken family. Mak dan ayahnya dah tak tinggal sebumbung. Bukan bercerai pun tapi mak dia lari tinggalkan dia dan adiknya. Tak tau la apa perasaan mak dia yang sanggup tinggalkan anak-anak yang masih kecil...umur 3 tahun dan 4 tahun. Actually, ayah si Tasya ni adik ipar aku. Dia kawin muda...sangat2 muda, awal 20-an! Pendidikan pun ala kadar, so mentality pun ala kadar je dalam bab2 ni. Maaf la, bukan aku nak kata orang yang tak berapa nak sekolah ni mentality tak bagus tapi, cara berfikir tu terlalu cetek dan ambil mudah je.


Si Tasya ni dengan adik dia ni macam terbiar je. Bila mak ayah dah berantakan, anak2 terbiar. Hanya Tuhan je yang tau how naughty they are! Badan berkudis sana-sini, makan minum pun ala kadar je. Bila dah tak ada yang nak jaga, mak mertua aku take over. Tapi mak mertua aku ni sibuk keje...jadi cleaner sekolah. mana ada masa sangat nak layan cucu2 dia ni. Balik umah dah penat, lagipun mak mertua aku ni tak berapa sihat, pak mertua pun sama. Tapi mak mertua aku terpaksa keje untuk segala perbelanjaan. Bapa si Tasya ni keje tak menentu. Kalau ada...ada la. Kalau takde keje, lepak kat umah depan tv je lah! So...can you imagine apa akan jadi dengan future dua beradik ni?


So...disebabkan aku pun takde anak lagi...aku offer diri untuk jaga Tasya. At least, terbela la juga masa depan dia. Seriously, aku tak sampai hati nak tengok anak sekecil itu terbiar. Tapi, ayah si Tasya ni tak izinkan. Puas memujuk tapi dia tetap berkeras taknak serahkan Tasya untuk berada di bawah jagaan aku. Padahal, bukan dia pun yang bela anak2nya ni. Semua dia campakkan pada mak mertua aku. Kesian orang tua tu. Dari muda sampai la ke tua, tak pernah dapat berehat. Bapa si Tasya ni, sesekali je dia balik umah mak mertua aku ni. Itupun cuma balik makan, lepas tu keluar balik. Nak kata kerja, kerja apa yang dia buat? Aku tak kisah kalau dia kata dia nak jaga anak2 dia sendiri kalau dia betul2 jaga dan bagi kasih sayang, tapi sebaliknya...budak2 tu sangat dahagakan belaian dan kasih sayang ibu ayah. Yang ada cuma kasih sayang dan belaian atok nenek. Aku pun tak boleh nak buat apa, dia bapa...lebih berhak ke atas anak2nya dan dia lebih berhak untuk tentukan 'masa depan' anak-anaknya. Niat aku cuma satu...nak pastikan Tasya membesar dengan suasana yang lebih sempurna, masa depan yang lebih sempurna dan pada masa yang sama, nak ringankan beban mak mertua aku...


Baru-baru ni...bapa Tasya nak minta tolong support duit untuk kawin lagi dengan seorang wanita orang seberang. Ya Tuhan...isteri masih belum diceraikan tapi dah sibuk nak kawin lagi dengan duit sesen pun tak ada! Isterinya dah berkali tuntut cerai tapi dia masih tak mau lepaskan. Aku dulu dah penah cuba pujuk untuk isteri dia balik kepada adik ipar aku ni tapi dia nekad tak mau lagi toleh ke belakang. Dia dah serik untuk hidup bersama...
Dia berkeras nak kawin juga, tapi sayangnya...bukan nak usaha cari duit. Yang dia tau, dia nak kawin dan semua adik-beradik kena support. Kalau tak support, dia nak lari tinggalkan mak dan ayah dia. Nak duduk jauh2. Habis...anak2? Entah la...aku cuma fikirkan masa depan Tasya dan adiknya...


Okaylah...lupakan dulu kisah rumahtangga tu. Ini la gambar Tasya. Aku penah bawa dia duduk dengan aku selama 2 minggu setengah. Tempoh tu dah cukup untuk meriangkan hati dia, makan pakai semua aku bagi secukupnya. Kalau sebelum ni nak minum milo pun setakat milo kosong, itupun sebulan sekali...aku bagi dia minum susu dutch lady 4, 5, 6...pakaian cantik2. Kalau sebelum ni naughty...lansung tak mau dengar cakap, sikit2 aku dah lembutkan dia. Belikan buku mewarna...pensil warna, crayon dan macam2 lagi yang sebelum ni dia tak penah terlintas pun nak dapat...but, in the end...ayah dia decide utk biarkan anak dia hidup dalam suasana yang dia sendiri suka...seriously, aku kecewa sangat. Bukan kecewa sebab tak dpt anak dia tapi kecewa dengan sikap dia...mungkin dia lebih suka anak dia berselubung kudis, kuku hitam tak berpotong, kepala penuh kutu...dan mungkin dia lebih suka tengok mak dia susah berpenat lelah di usia emasnya...


Bukan main seronok lagi Tasya bergaya dengan baju tidur baru...

Dulu...sebelum aku bawa duduk dengan aku, kat bawah bibir dia ni ada kudis. Tapi from the 1st day aku jaga dia, aku bersihkan betul2 dan ubatkan kudis dia. Alhamdulillah, lepas 3-4 hari, kudis tu pun hilang. Lepas 2 minggu...tinggal parut je sikit2....
...dan inilah Tasya (kiri) dan adiknya, beberapa bulan sebelum aku amik.

Yang ni pulak masa bawa Tasya jalan-jalan balik kampung aku kat Perak. Bukan main seronok lagi dia dapat balik ke kampung. Yela...sebelum ni tak penah tau pun kampung macam mana.

Yang ni pulak masa aku bawa dia jalan-jalan kat Jusco Bukit Raja. Dah lama dia mengidam nak naik mainan ni. Masa dengan mak ayah dia dulu, memang tak pernah dibawa keluar berjalan-jalan macam ni. Kesian dia kan....
Aku sempat bawa dia ke syurga mainan...bukan main excited lagi dia. Bercahaya mata dia tengok limpahan barang mainan yang begitu banyak dan besar2...Sayu hati aku tengok betapa gembiranya dia waktu tu...sungguh aku rasa sebak!

Dah puas jamu mata sambar mainan seketul dua...tiba masanya untuk tunaikan keinginan Tasya yang selama ni hanya tau menyebut je perkataan KFC tapi tak pernah dapat rasa macam mana la rasanya KFC tu...Nah! Makan la sepuasnya....

Tapi...itu la kali terakhir Tasya dapat bergembira dengan semua tu. Sekarang ni dia dah berada di bawah jagaan neneknya. Tahun depan dah nak masuk tadika. Dulu aku pernah plan nak masukkan dia ke sekolah tadika di Shah Alam supaya dapat didik dia dengan didikan yang terbaik. Supaya dah besar nanti boleh dapat kerja yang baik, kehidupan yang sempurna. Tapi dah ayah dia berdegil tak izinkan aku jaga anak dia, nak buat macam mana.
Aku cuma risau...risau kalau2 Tasya akan belajar sekerat jalan seperti mana mereka yang lain di sana. Sekolah setakat menengah rendah. Bila malas nak pegi sekolah, dibiarkan je. Aku risau amalan tak galakkan anak-anak ke sekolah merebak sampai ke Tasya...

Aku risau nak membayangkan masa depan anak kecil ini...apalah dosanya, tidak berhakkah anak kecil ini untuk menikmati kehidupan yang lebih sempurna?

Sesungguhnya...cerita Tasya ni memang betul2 buat aku insaf dan bersyukur dengan rezeki yang aku perolehi dan betapa sempurnanya kedua ibu bapa aku menjaga dan mendidik kami adik beradik. Cerita Tasya ini sangat membuat aku rasa betapa besarnya anak yang dikurniakan Tuhan kepada hambaNya...dan dengan itu, aku tak pernah putus asa berdoa, agar Tuhan kurniakan aku zuriat secepat mungkin, dan biarlah zuriat itu nanti jadi orang yang berguna...