Jumaat, 13 April 2012

Khamis, 28 Januari 2010

Happy Day To School!!!

Hari ni Alhamdulillah, Lala tak meragam time nak gi sekolah. Happy je sebab aku kata, kena gi sekolah. Kalau gi sekolah, baru boleh balik umah nenek...hari2 aku terpaksa cakap macam tu. kalau aku cakap terus-terang, dia akan nangis hingga teramat la sayu hati aku menengoknya.
Pagi ni, dia yang bangun sendiri, aku suruh gi mandi...dia mandi sambil nyanyi2 lagi kat dalam bilik air.


Lala dah siap...ready to school!



Dalam kete...Mak Uteh yang hantar gi tadika.



Bismillahirrahmanirrahim...nak masuk sekolah nih.

Okeh....Lala nak masuk kelas dah!

Khamis, 21 Januari 2010

Cabaran Hari Ke-2: Lala Nangis Tak Mau Pegi Sekolah

Sebelum citer kisah Lala taknak gi sekolah, aku nak citer kisah lain dulu.
Malam tadi aku bawa Lala pergi shoping lagi, beli baju beberapa helai sebab kemarin cuma beli sepasang je. Nanti kat nursery takde baju pulak nak pakai. Kebetulan kat Jusco tengah sale sempena Chinese New Year. Bernafsu sungguh aku tengok baju budak2 yang cantik dan murah2 belaka. Aku belikan Lala 2 pasang baju tidur dan 4 pasang baju biasa...buku belajar A, B, C dan 2 coloring book. Dia nak alat tulis...aku layankan je! Kalau untuk tujuan belajar, aku no hal punya! Tapi bila dia mintak basikal...Aku cakap..."later on ek...Lala kena sekolah pandai2, bila dah pandai baca, nanti Mak Uteh belikan basikal ek?" Dia angguk je dengan muka frust...hehehe
Ni la rupa muka dia yang excited nak gi jalan, tambah2 bila bagitau nak gi beli baju baru untuk dia. Dia dah bagitau awal2, dia nak alat tulis.



On the way balik dari Jusco, tiba-tiba dia cakap esok tak nak pegi sekolah. Cikgu garang, katanya! Padahal, masa aku jemput dia petang tu, bukan main excited lagi dia cerita yang dia seronok sekolah kat tadika tu. Dia kata cikgunya baik sangat...Lala main gelongsor kat luar dengan kawan-kawan pun cikgu tak marah. Tup-tup...dia kata cikgu garang pulak! Sebenarnya itu alasan yang amat biasa dia bagi pada nenek dia kalau dia tak nak pegi sekolah dulu. So, dia ingat aku pun akan termakan dengan alasan dia tu! Sorry naik lori la...
Pastu pagi ni, masa kejutkan dia dari tidur, suruh gi mandi...dia dah start nangis. Pastu aku pujuk dia, aku cakap...mana boleh nangis, kena gi sekolah. Kalau nak jadi doktor, kena pegi sekolah tiap2 hari. Pastu dia angguk je sambil gosok gigi ngan ubat gigi Kodomo Lion perisa oren. Bila start pakaikan uniform tadika dia...dah banjir! Teresak2 nangisnya...adoi, aku dah pening! Tapi aku pujuk jugak, tocangkan rambut dia...bubuh reben bagai! Slow kejap tangisnya...pastu bila husband aku suruh salam sebelum nak kuar, dia dah start mogok. Dia duduk kat belakang kerusi, aku tarik tangan dia pun dia tetap tak nak bangun2. Airmata...tak usah cerita la! Habis comot baju yang dia pakai. Last2 aku dokong dia terus bawak masuk kete!



Dalam kete aku pujuk lagi, tapi dia dah teresak-esak nangis kata nak balik umah nenek dia. Katanya, kat umah nenek takyah gi sekolah. Hmmmm...dalam hati aku kata, ini la akibatnya bila tak pernah bertegas pasal sekolah. Mentality budak ni hanya fikir, sekolah tu tak penting sangat. Pegi sekolah tu, tak best lansung...duduk rumah lagi best! Hah! Dengan aku, sorry...sekolah tetap kena pegi jugak. Tak kira la menangis meraung macam mana sekalipun! Sebab aku dah nekad untuk sekolahkan dia sampai berjaya! No matter what!

Rabu, 20 Januari 2010

TRANSFORMASI LALA

Secara rasminya, Lala sekarang dah di bawah jagaan aku. Aku cakap kat dia, "Sekarang Lala dah jadi anak Mak Uteh tau!" Pastu dia terus jawab, "kalau jadi anak Mak Uteh, nanti nak kena panggil Mak Uteh apa?" Terus aku terkedu tak tau nak jawab apa. Hmmmm...biarkan je lah, soal title tu tak penting. Yang penting, aku akan berikan yang terbaik untuk Lala. Biar dia membesar dengan sempurna seperti kanak-kanak lain yang beribu dan berbapa.
Hari ni ketika daftarkan dia ke tadika pagi tadi, baru la aku tau nama sebenar dia...iatu SHARIFAH SYAZATUL AQILAH BINTI SYED HAMDAN. Hmmmm...panjang berjela rupanya nama dia. Tapi panggilnya Lala je...hahahaha...
Malam tadi bukan main berselera dia makan yang aku suapkan. Sebelum ni bila makan kena suap sendiri sebab takde sape yang nak layan. Bila kena makan sendiri, nak tak nak je la dia makan. Bila sesekali aku balik sana, bersungguh-sungguh dia makan sebab aku suapkan. Air tangan aku ni sedap kot! Hahahaha...tapi aku rasa, dia ni memang nak bermanja. Budak...dari kecik lagi tak rasa belaian ibu. Macam ni la rupanya...terpaksa menumpang kasih pada orang lain. Aku ni sebab takde anak lagi, so aku pun anggap je la dia ni macam anak aku sendiri. lagipun sebelum2 ni dah biasa melayan anak-anak sedara aku.
Lepas je makan malam, aku bawak dia gi shopping kat Carrefour...beli baju, beg sekolah, kasut dan barang-barang keperluan dia yang lain. Bukan apa, nak masuk tadika baju takde lagi. At least, pakai baju lawa sikit pun ok la kan? Baju2 yang dibawa dari JB semuanya lusuh2 belaka. Kesian aku tengok. Seluar kaler lain, baju kaler lain...pattern pun lain2. Aku belikan semalam tu pun, yang ala kadar je sebab aku pun tgh sengkek nih!
So...inilah transformasi pertama yang aku buat ke atas Lala...kiranya, ini la new lifestyle dia di bawah jagaan aku. Kena sentiasa bersih. Takde lagi kuku hitam, telinga berkudis, kaki berkudis disebabkan main pasir...main tanah dan sebagainya!
Lala (sebelum)



The New Lala...

Ahad, 17 Januari 2010

KISAH SI TASYA DAN SI LALA

Lala (Adik) dan Tasya (Kakak)

Dua beradik ni adalah anak saudara aku, iaitu anak kepada adik suami aku. Ibu bapa diorang ni dah berpisah tapi belum bercerai secara sah. Dah hampir 3 tahun ditinggalkan ibu...terkontang-kanting. Bayangkanlah, seawal usia 3 dan 4 tahun...memang sangat-sangat memerlukan kasih sayang dan belaian manja seorang ibu tapi si ibu lansung tak memperdulikan semua itu. Tanpa belas ihsan, si ibu begitu tegar meninggalkan anak-anak yang masih kecil tanpa sekali pun datang menjenguk...bertanya khabar pun tak pernah!

Sejak itu, terpaksalah si nenek (mak mertua aku) mengambil alih. Tapi, mak mertua aku ni bekerja. Dialah yang menanggung makan minum keluarga sebab bapak mertua aku uzur. Tanggungan pulak tu ramai...anak 2 orang (seorang masih bujang dan seorang lagi ditinggal suami) dan 2 orang cucu. Campur si Lala dan Si Tasya ni...bertambah lagi 2 orang!

Aku memang kesian sangat! Aku berhajat nak kurangkan bebanan mak mertua aku di samping dapat la bagi kasih sayang pada budak-budak ni. Walaupun aku bukan mak kandung diorang, setakat mak sedara je tapi aku yakin, aku dapat mengisi kekosongan yang mereka perlukan ni. Tapi malangnya, bapak budak2 ni tak izinkan aku ambik.

Kecewa? Memang aku kecewa dan kesal! Sebab...pertama, bukan adik ipar aku ni yang nak jaga anak dia, mak dia yang jaga. Kedua...satu sen pun dia tak hulur pada mak dia untuk tanggung makan minum anak dia. Ketiga...dia asyik sibuk berpeleseran dan jadi kaki nombor ekor! Keempat...kejenya pun tak penah tetap. Kadang2 ada...kadang2 tak ada. Tapi yang banyaknya, tak ada keje lah! Aku pun takut nak membayangkan masa depan anak-anaknya ni bila dah bapaknya pun tak berapa kenal erti tanggungjawab!

Mak mertua aku ni, keje sebagai tukang masak asrama sekolah menengah. Subuh-subuh lagi dah keluar gi keje. Malam lepas bagi budak makan malam, baru la dia balik. Kesimpulannya, memang takde masa nak menjaga cucu sepenuhnya melainkan di waktu malam. Aku memang kesian sebab mak mertua aku ni dah tua tapi banyak betul tanggungannya. Nak tak nak terpaksa juga bekerja untuk cari nafkah. Bila dah macam tu, budak 2 orang ni memang tak berlayan la. Macam anak terbiar. Kuku hitam...kaki berkudis....telinga berkelarah! Bila sesekali aku balik, aku cuba la tolong2 juga mana2 yang patut. Tapi, masa mak diorang ni ada dulu pun situasinya sama jugak. Macam anak terbiar...

Aku bukanlah nak mengata orang, tapi aku kesal dengan perangai mak bapak yang macam ni! Tuhan dah bagi anak, boleh tak hargai??? Kadang2...hati aku memang sebak sangat memikirkan nasib budak2 ni. Aku ni siang malam berdoa nakkan anak...tapi diorang yg dah dikurniakan anak ni, sesuka hati nak biarkan anak terumbang-ambing macam ni! Yang lagi sedihnya, mak mertua aku cerita...biras aku tu penah buang kandungan dia (gugurkan) sebab tak nak ada anak lagi. Astaghafirullahal 'azim.....Panas betul hati aku dengar!!!!

Budak-budak ni memang dah lama nak ikut aku. Tiap kali aku balik JB, bila nak balik KL punya la payah nak memujuk. Sebab budak-budak ni menangis meraung nak ikut aku balik...nak tinggal dengan aku. Tengok je la gambar di atas ni. Macam tu la situasinya tiap kali nak balik KL. Diorang awal2 lagi dah lari masuk dalam kereta aku...lepas tu, jenuh nak pujuk bagi keluar.


Setelah masuk tahun ke-3 aku memujuk adik ipar aku tu, akhirnya dia izinkan aku amik anak dia...iaitu Lala yang sekarang dah umur 6 tahun. Tapi pastu, tiba-tiba adik ipar aku kata, kalau nak amik, kena amik dua2 pulak! Adoi...pening kepala aku. Kalau nak amik dua2, buat masa ni memang aku tak mampu sebab si kakak dah masuk sekolah Darjah 1. Kalaupun nak amik dua2, bukan sekarang la. Kalau 5-6 bulan lagi mungkin la boleh kot...Tapi husband aku kata, buat apa nak tanggung anak orang ramai2? Seronok la bapak dia, lepas tangan macam tu je. Hummmm...dalam hati aku kata, bapak budak2 ni...adik dia jugak. Hahahaha!

Tak tau la macam mana keputusannya ni. Yang pasti, aku gembira sangat. Sebab akhirnya, adik ipar aku tu bagi jugak anak dia untuk aku jaga. Aku gembira bukan sebab apa...sebab aku nak pastikan masa depan budak ni lebih cerah, dapat didikan yang sempurna.

Aku ikhlas buat semua ni. Betul-betul demi masa depan mereka. Mereka tak bersalah dan mereka tak patut menjadi mangsa kemelut rumahtangga ibu bapa yang tak bertanggungjawab...doakan aku berjaya dengan hasrat aku untuk jadikan mereka manusia yang berguna satu hari nanti!


Isnin, 9 November 2009

Melangkah ke Dunia Baru


Haaaa...dengar tajuknya dah saspen ek? takde menda pun....hehehehe

Dah lama tak update blog ni. Busy dengan macam-macam benda especially melayan Facebook...addicted! Aiyyoooooooo....

Life...macam biasa. Masih menunggu keajaiban dari Yang Maha Esa...namun aku dan suami tak berhenti berdoa moga Allah makbulkan impian kami berdua untuk menjadi mama dan papa satu hari nanti...please Allah, kurniakan kami zuriat...

Kadangkala, memang terasa bosan sangat tanpa kehadiran si kecil dalam "Rumah Kecil" kami ni. Tambah-tambah pula suami memang hari2 balik lambat. Pukul 2 atau 3 pagi baru sampai rumah. Paling awal pun, pukul 12 malam. Bayangkanlah bagaimana rasanya aku duduk sorang-sorang di rumah tanpa teman. Tapi...mungkin ada hikmah disebaliknya kenapa Allah lambatkan "kurniaanNya"' tu. Hanya Dia saja yang tahu.
Well...aku tak duduk diam. Boring siot! So, aku sekarang dah buat bisnes. Walaupun kecil-kecilan je, tapi ok la...aku sekarang buat bisnes barangan kecantikan, yakni Kosmetik CT-II. Selain tu, aku juga dah ada kedai....taraaaaaa!!!! Tapi...kedai online je la! Hehehehe...eh! Kedai gak tu, kan? kalau ada masa, lawat la kedai aku..."ANJUNG CENDANA" namanya. Link nyer macam yg kat bawah ni...

http://anjungcendana.blogspot.com/

Baru ada 1 produk je...masih lagi dalam pembikinan. Tapi boleh la nak cuci mata sikit.

Ok la..aku akan update lagi soon. Bye!

Rabu, 27 Mei 2009

Pertemuan Kembali

Semalam Selasa, 26 Mei 2009 menjadi hari yang sangat mengembirakan aku. Dah lama merancang nak hang out dengan kawan-kawan lama, baru semalam jadi kenyataan. Maklumlah, sejak meninggalkan Pejabat EXCO, masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing yang lebih mantap dan lebih membanggakan.

Aku...jadi DJ lah...Asab sekarang dah jadi secretary di UiTM...Maria pulak, dah keje kat Karangkraf dengan gaji ribu riban...hehehehe! Yang pentingnya, setelah bertahun-tahun berlalu, masing-masing dah bergelar isteri.

Pertemuan semalam cukup bermakna bagi aku. Entah la, memang aku rindu sangat-sangat saat kitorang sama-sama keje di Pejabat EXCO Datin Paduka Seripah Noli. Walaupun pejabatnya kecik tapi hubungan kitorang dah jadi macam adik-beradik. Suka duka dikongsi bersama. Kena marah sama-sama...kena "mangkuk" pun sama-sama rasa.

Aku...Asab...Maria...Pejal dan Yanti. Yanti? Mana Yanti??? Haluan dia dah jauh berbeza, dia pun dah jauh berbeza...

Pertemuan kami semalam, walaupun sekadar bertiga tapi terasa betapa indahnya saat tu. Lebih mengembirakan, masing-masing cerita tentang hal masing-masing yang bakal jadi ibu tak lama lagi.

Maria tengah pregnant 8 bulan...dia sempat tunjukkan gambar scan baby dia, so cute! Hidung sebijik macam hidung dia yang mancung tu! Bahagia sungguh life dia sekarang yang dah bergelar Eksekutif Pemasaran di Kumpulan Karangkraf. Tak lama lagi lengkap la life dia di samping suami tercinta...Megat dan juga baby yang bakal dilahirkan tak lama lagi.

Asab pulak...juga tengah pregnant, nak masuk 3 bulan. Macam-macam pengalaman mengandung yang aku dengar, termasuklah menangis sambil tumbuk bawang di dapur sebab merajuk mak suruh masak...Hahahaha! Asab pun tak kurang hebatnya sekarang, dah bergelar "akak secretary" di Uitm dan kini bahagia bersama suami tercinta...Azhar a.k.a Pet.

Aku?

Dari segi kerjaya...emmm ok la, takde la hebat sangat jadi DJ radio ni. Rumahtangga? Alhamdulillah, setakat ini bahagia sangat melayari alam rumahtangga denga suami tercinta, Abang Jie. Cuma rezeki anak belum ada lagi....Apapun aku tumpang bahagia dan tumpang gembira menunggu kelahiran anak kawan-kawanku yang dua orang ni! Excited sangat! Tak sabar rasanya aku nak kait sarung tangan dan kasut comel untuk these coming newborn babies!