Rabu, 27 Mei 2009

Pertemuan Kembali

Semalam Selasa, 26 Mei 2009 menjadi hari yang sangat mengembirakan aku. Dah lama merancang nak hang out dengan kawan-kawan lama, baru semalam jadi kenyataan. Maklumlah, sejak meninggalkan Pejabat EXCO, masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing yang lebih mantap dan lebih membanggakan.

Aku...jadi DJ lah...Asab sekarang dah jadi secretary di UiTM...Maria pulak, dah keje kat Karangkraf dengan gaji ribu riban...hehehehe! Yang pentingnya, setelah bertahun-tahun berlalu, masing-masing dah bergelar isteri.

Pertemuan semalam cukup bermakna bagi aku. Entah la, memang aku rindu sangat-sangat saat kitorang sama-sama keje di Pejabat EXCO Datin Paduka Seripah Noli. Walaupun pejabatnya kecik tapi hubungan kitorang dah jadi macam adik-beradik. Suka duka dikongsi bersama. Kena marah sama-sama...kena "mangkuk" pun sama-sama rasa.

Aku...Asab...Maria...Pejal dan Yanti. Yanti? Mana Yanti??? Haluan dia dah jauh berbeza, dia pun dah jauh berbeza...

Pertemuan kami semalam, walaupun sekadar bertiga tapi terasa betapa indahnya saat tu. Lebih mengembirakan, masing-masing cerita tentang hal masing-masing yang bakal jadi ibu tak lama lagi.

Maria tengah pregnant 8 bulan...dia sempat tunjukkan gambar scan baby dia, so cute! Hidung sebijik macam hidung dia yang mancung tu! Bahagia sungguh life dia sekarang yang dah bergelar Eksekutif Pemasaran di Kumpulan Karangkraf. Tak lama lagi lengkap la life dia di samping suami tercinta...Megat dan juga baby yang bakal dilahirkan tak lama lagi.

Asab pulak...juga tengah pregnant, nak masuk 3 bulan. Macam-macam pengalaman mengandung yang aku dengar, termasuklah menangis sambil tumbuk bawang di dapur sebab merajuk mak suruh masak...Hahahaha! Asab pun tak kurang hebatnya sekarang, dah bergelar "akak secretary" di Uitm dan kini bahagia bersama suami tercinta...Azhar a.k.a Pet.

Aku?

Dari segi kerjaya...emmm ok la, takde la hebat sangat jadi DJ radio ni. Rumahtangga? Alhamdulillah, setakat ini bahagia sangat melayari alam rumahtangga denga suami tercinta, Abang Jie. Cuma rezeki anak belum ada lagi....Apapun aku tumpang bahagia dan tumpang gembira menunggu kelahiran anak kawan-kawanku yang dua orang ni! Excited sangat! Tak sabar rasanya aku nak kait sarung tangan dan kasut comel untuk these coming newborn babies!

3 ulasan:

seri lyana berkata...

hye kak... saya datang singgah ni.. happy blogging ok..!

aienidris berkata...

pertemuan kembali....terharu aku baca. tapi mana cite pasal ida? ape kabo dia sekarang ye..

Elynn berkata...

hai Azura, salam kenal.. salam singgah:) ter tarik dgn posting anak angkat tu :) wah baru setahun ia melayari bahtera. MUdahan bahagia hingga akhir hayat...

Wah dah ada anak, anak angkt. Memang tak dinafikan naluri wanita mana yang tidak mahukan anak.

Nak kongsi jugak ni, elynn dah 4 tahun berkahwin, 2 kali hamil namun miscarige,iaitu tahun petama dan ketiga.Tuhan lebih sayangkan nya.

Sehingga kini elynn terus berusaha gigih tak kenal jemu, berurut, menurunkan berat badan dan memakan jamu-2 yang disaran.

Insyaallah dgn amalan ini mudahan kehamilan akan cerah kelak..ingin tahu lagi kisah elynn ????

Mari berbloging :)