Ahad, 17 Januari 2010

KISAH SI TASYA DAN SI LALA

Lala (Adik) dan Tasya (Kakak)

Dua beradik ni adalah anak saudara aku, iaitu anak kepada adik suami aku. Ibu bapa diorang ni dah berpisah tapi belum bercerai secara sah. Dah hampir 3 tahun ditinggalkan ibu...terkontang-kanting. Bayangkanlah, seawal usia 3 dan 4 tahun...memang sangat-sangat memerlukan kasih sayang dan belaian manja seorang ibu tapi si ibu lansung tak memperdulikan semua itu. Tanpa belas ihsan, si ibu begitu tegar meninggalkan anak-anak yang masih kecil tanpa sekali pun datang menjenguk...bertanya khabar pun tak pernah!

Sejak itu, terpaksalah si nenek (mak mertua aku) mengambil alih. Tapi, mak mertua aku ni bekerja. Dialah yang menanggung makan minum keluarga sebab bapak mertua aku uzur. Tanggungan pulak tu ramai...anak 2 orang (seorang masih bujang dan seorang lagi ditinggal suami) dan 2 orang cucu. Campur si Lala dan Si Tasya ni...bertambah lagi 2 orang!

Aku memang kesian sangat! Aku berhajat nak kurangkan bebanan mak mertua aku di samping dapat la bagi kasih sayang pada budak-budak ni. Walaupun aku bukan mak kandung diorang, setakat mak sedara je tapi aku yakin, aku dapat mengisi kekosongan yang mereka perlukan ni. Tapi malangnya, bapak budak2 ni tak izinkan aku ambik.

Kecewa? Memang aku kecewa dan kesal! Sebab...pertama, bukan adik ipar aku ni yang nak jaga anak dia, mak dia yang jaga. Kedua...satu sen pun dia tak hulur pada mak dia untuk tanggung makan minum anak dia. Ketiga...dia asyik sibuk berpeleseran dan jadi kaki nombor ekor! Keempat...kejenya pun tak penah tetap. Kadang2 ada...kadang2 tak ada. Tapi yang banyaknya, tak ada keje lah! Aku pun takut nak membayangkan masa depan anak-anaknya ni bila dah bapaknya pun tak berapa kenal erti tanggungjawab!

Mak mertua aku ni, keje sebagai tukang masak asrama sekolah menengah. Subuh-subuh lagi dah keluar gi keje. Malam lepas bagi budak makan malam, baru la dia balik. Kesimpulannya, memang takde masa nak menjaga cucu sepenuhnya melainkan di waktu malam. Aku memang kesian sebab mak mertua aku ni dah tua tapi banyak betul tanggungannya. Nak tak nak terpaksa juga bekerja untuk cari nafkah. Bila dah macam tu, budak 2 orang ni memang tak berlayan la. Macam anak terbiar. Kuku hitam...kaki berkudis....telinga berkelarah! Bila sesekali aku balik, aku cuba la tolong2 juga mana2 yang patut. Tapi, masa mak diorang ni ada dulu pun situasinya sama jugak. Macam anak terbiar...

Aku bukanlah nak mengata orang, tapi aku kesal dengan perangai mak bapak yang macam ni! Tuhan dah bagi anak, boleh tak hargai??? Kadang2...hati aku memang sebak sangat memikirkan nasib budak2 ni. Aku ni siang malam berdoa nakkan anak...tapi diorang yg dah dikurniakan anak ni, sesuka hati nak biarkan anak terumbang-ambing macam ni! Yang lagi sedihnya, mak mertua aku cerita...biras aku tu penah buang kandungan dia (gugurkan) sebab tak nak ada anak lagi. Astaghafirullahal 'azim.....Panas betul hati aku dengar!!!!

Budak-budak ni memang dah lama nak ikut aku. Tiap kali aku balik JB, bila nak balik KL punya la payah nak memujuk. Sebab budak-budak ni menangis meraung nak ikut aku balik...nak tinggal dengan aku. Tengok je la gambar di atas ni. Macam tu la situasinya tiap kali nak balik KL. Diorang awal2 lagi dah lari masuk dalam kereta aku...lepas tu, jenuh nak pujuk bagi keluar.


Setelah masuk tahun ke-3 aku memujuk adik ipar aku tu, akhirnya dia izinkan aku amik anak dia...iaitu Lala yang sekarang dah umur 6 tahun. Tapi pastu, tiba-tiba adik ipar aku kata, kalau nak amik, kena amik dua2 pulak! Adoi...pening kepala aku. Kalau nak amik dua2, buat masa ni memang aku tak mampu sebab si kakak dah masuk sekolah Darjah 1. Kalaupun nak amik dua2, bukan sekarang la. Kalau 5-6 bulan lagi mungkin la boleh kot...Tapi husband aku kata, buat apa nak tanggung anak orang ramai2? Seronok la bapak dia, lepas tangan macam tu je. Hummmm...dalam hati aku kata, bapak budak2 ni...adik dia jugak. Hahahaha!

Tak tau la macam mana keputusannya ni. Yang pasti, aku gembira sangat. Sebab akhirnya, adik ipar aku tu bagi jugak anak dia untuk aku jaga. Aku gembira bukan sebab apa...sebab aku nak pastikan masa depan budak ni lebih cerah, dapat didikan yang sempurna.

Aku ikhlas buat semua ni. Betul-betul demi masa depan mereka. Mereka tak bersalah dan mereka tak patut menjadi mangsa kemelut rumahtangga ibu bapa yang tak bertanggungjawab...doakan aku berjaya dengan hasrat aku untuk jadikan mereka manusia yang berguna satu hari nanti!


1 ulasan:

Natasha berkata...

salam zura, menangis tasha baca cerita nie..tersentuh hati, tasha baca dari tahun 2008 lagi kisah tasha yang dibawa ke jusco tuh...

so sekarang ni dorg ada dgn zura?? seronok erk ada anak?
tasha kwin dah nak masuk 4 tahun pon masih x ada bby... tgk jer anak org rasa seronok...tapi apa nak buat....

zura blh emailkan email zura, may be ada masa kita blh jumpa, bwak tasha dan lala jalan2.... saya duduk damansara jer

ni email saya sue.eternity@yahoo.co.uk