Isnin, 8 Disember 2008
Melaram di Pelaminan...
Majlis Sambut Menantu
Melaram Dalam Studio!
, bersalin-salin la dengan 3 persalinan mengikut pakej yang disediakan. Mula-mula dengan persalinan warna maroon...sangat cantik bajunya. Diikuti dengan warna kegemaran aku iaitu hijau tapi yang ni hijau epal. Lepas tu diakhiri pula dengan persalinan songket tabur warna ungu bijik kundang. Melaram habis la aku dan Abang Jie. Berhabis duit sikit takpe la, yang penting puas hati. Bukan selalu kan? kita kawin sekali seumur hidup. Even if berkali-kali (harap2 tak jadi kat aku), wajah kita dah lain, body pun dah lari...Walau apapun, terima kasih banyak-banyak buat Kak Ryn dan suami yang memang bagi layanan 1st Class untuk aku dan Abang Jie. Kalau nak tau...mekap je dah amik masa 1 jam...shooting 4 jam ok? Aduhai...macam ni la agaknya perasaan seorang model majalah ek? Mekap lama...shooting pun lama. Sangat memenatkan.
Hari Persandingan Yang Penuh Dugaan!
Tanggal 21 Disember 2007 aku selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz sahaja. Maka dengan rasminya aku menjadi isteri yang sah kepada seorang lelaki bernama Syed Tarmizi Syed Idris. Esoknya, 22 Disember...aku disandingkan. Hari persandingan aku memang penuh dengan dugaan. Dugaan paling utama ialah banjir yang menenggelamkan jalan untuk masuk ke kampung. Kesemua laman rumah penduduk kampung ditenggelami air tapi Alhamdulillah, kawasan rumah aku kering dan syukur juga dipanjatkan kerana sepanjang hari persandingan aku, cuaca sangat baik. Namun begitu, yang dapat menghadirkan diri cuma dalam 100-200 orang sahaja. Itupun orang-orang kampung yang datang menaiki bot atau sampan. Orang luar...terpaksa sewa bot penambang dan meredah laluan yang 'agak berliku' untuk sampai ke rumah. Mana yang tak sanggup, terpaksa patah balik ke rumah masing-masing. Kesemua teman-teman dan peminat yang dah rancang nak datang, terpaksa batalkan niat. Aku pulak, pertama kali dalam sejarah...selalunya kita akan mengalu2kan kedatangan sahabat handai meraikan hari bahagia. Tapi aku terpaksa buat pengumuman di radio, maklumkan kepada sesiapa yang nak datang kenduri aku, batalkan niat nak datang sebab jalan untuk masuk ke kampung ditutup kerana ditenggelami air. Mujur kerja dengan stesen radio...boleh la buat macam tu kan...Tapi, Alhamdulillah la...majlis persandingan aku berjalan dengan meriah walaupun tak ramai yang datang sebab tak boleh nak datang serta tetap meriah walaupun tanpa paluan kompang yang real (yang ada cuma paluan kompang dari CD jerk...) Memang jadi kenangan terindah buat aku dan suami sebab pengalaman majlis perkahwinan kami begitu unik walaupun kalut dan seksa sikit....hehehe!
Disebabkan banjir, mak andam pun tak boleh nak datang untuk siapkan aku. Jadi terpaksa la mekap sendiri dan bersiap sendiri. Mujurlah pelamin dan segala kelengkapan lain sempat disiapkan sebelum air mula naik. Wedding aku ni, memang sangat-sangat berdikari. Every single thing aku buat sendiri. Mujur tau nak buat...just imagine kalau tak tau lansung nak mekap, nak pakai sendiri baju dan aksesorinya?
Pelamin idaman mengikut apa yang aku impikan selama ni. Yang pastinya, hijau tetap di hati...




Berdiri dari kiri: Abah, Jie, Azura dan Mak. Duduk dari kiri: Ijan, Khaleesa dan Kak Zila
Aunties in Green...Dari kiri: Anjang Ton, Wancu Som, Wancik Onte, Jie, Azura, Makwan Ana dan my mom. Ayahcik aku kata...diorang ni kumpulan nasyid jemputan. Hahahaha!
Abah empat beradik di laman rumah yang penuh nostalgia...
Dari kiri: Ayahcik (Anak ke-5), Anjang Ton (Anak ke-3), Ayahcu (Anak ke-6) dan Abah (Sulung). Yang tiada dalam gambar...Mak Ngah (Anak ke-2...Dah kembali ke rahmatullah), Ayah Uda (Anak ke-4...tak dapat datang sebab banjir) dan Ayah (Anak bongsu...ada tapi entah ke mana la dia pegi waktu nak shoot gambar ni)

Lastly...baru la dapat amik gambar ayah ngan anak menantu dia sekali. Dari kiri: Akim (Anak bongsu Ayah), Azua (Anak angkat Ayah), Jie, Azura, Ayah dan Shah (Suami Azua)Sehijau Alam...Seindah Bisikan Cinta!
Sekali seumur hidup...photo shoot ni memang sangat menuntut kesabaran. Masuk semak, redah banjir, rentasi sungai dan macam2 lagi la...Tapi, hasilnya...lihatlah sendiri...
Gambar-gambar ni shoot kat keliliang rumah je. Kat gerogoh (bubu) abah aku...kat tepi tebing sungai depan rumah, kat bawah pokok rambutan tepi kolam ikan. Tapi bila dah dizahirkan dalam sekeping gambar...Wow! Cantik sungguh pemandangannya...tak sangka!











Anak Angkat?
Dulu...sebelum aku bawa duduk dengan aku, kat bawah bibir dia ni ada kudis. Tapi from the 1st day aku jaga dia, aku bersihkan betul2 dan ubatkan kudis dia. Alhamdulillah, lepas 3-4 hari, kudis tu pun hilang. Lepas 2 minggu...tinggal parut je sikit2....
Dah puas jamu mata sambar mainan seketul dua...tiba masanya untuk tunaikan keinginan Tasya yang selama ni hanya tau menyebut je perkataan KFC tapi tak pernah dapat rasa macam mana la rasanya KFC tu...Nah! Makan la sepuasnya....

