Jumaat, 13 April 2012
Khamis, 28 Januari 2010
Happy Day To School!!!
Dalam kete...Mak Uteh yang hantar gi tadika.
Khamis, 21 Januari 2010
Cabaran Hari Ke-2: Lala Nangis Tak Mau Pegi Sekolah
Dalam kete aku pujuk lagi, tapi dia dah teresak-esak nangis kata nak balik umah nenek dia. Katanya, kat umah nenek takyah gi sekolah. Hmmmm...dalam hati aku kata, ini la akibatnya bila tak pernah bertegas pasal sekolah. Mentality budak ni hanya fikir, sekolah tu tak penting sangat. Pegi sekolah tu, tak best lansung...duduk rumah lagi best! Hah! Dengan aku, sorry...sekolah tetap kena pegi jugak. Tak kira la menangis meraung macam mana sekalipun! Sebab aku dah nekad untuk sekolahkan dia sampai berjaya! No matter what!
Rabu, 20 Januari 2010
TRANSFORMASI LALA


The New Lala...
Ahad, 17 Januari 2010
KISAH SI TASYA DAN SI LALA

Dua beradik ni adalah anak saudara aku, iaitu anak kepada adik suami aku. Ibu bapa diorang ni dah berpisah tapi belum bercerai secara sah. Dah hampir 3 tahun ditinggalkan ibu...terkontang-kanting. Bayangkanlah, seawal usia 3 dan 4 tahun...memang sangat-sangat memerlukan kasih sayang dan belaian manja seorang ibu tapi si ibu lansung tak memperdulikan semua itu. Tanpa belas ihsan, si ibu begitu tegar meninggalkan anak-anak yang masih kecil tanpa sekali pun datang menjenguk...bertanya khabar pun tak pernah!
Aku bukanlah nak mengata orang, tapi aku kesal dengan perangai mak bapak yang macam ni! Tuhan dah bagi anak, boleh tak hargai??? Kadang2...hati aku memang sebak sangat memikirkan nasib budak2 ni. Aku ni siang malam berdoa nakkan anak...tapi diorang yg dah dikurniakan anak ni, sesuka hati nak biarkan anak terumbang-ambing macam ni! Yang lagi sedihnya, mak mertua aku cerita...biras aku tu penah buang kandungan dia (gugurkan) sebab tak nak ada anak lagi. Astaghafirullahal 'azim.....Panas betul hati aku dengar!!!!

Budak-budak ni memang dah lama nak ikut aku. Tiap kali aku balik JB, bila nak balik KL punya la payah nak memujuk. Sebab budak-budak ni menangis meraung nak ikut aku balik...nak tinggal dengan aku. Tengok je la gambar di atas ni. Macam tu la situasinya tiap kali nak balik KL. Diorang awal2 lagi dah lari masuk dalam kereta aku...lepas tu, jenuh nak pujuk bagi keluar.

Setelah masuk tahun ke-3 aku memujuk adik ipar aku tu, akhirnya dia izinkan aku amik anak dia...iaitu Lala yang sekarang dah umur 6 tahun. Tapi pastu, tiba-tiba adik ipar aku kata, kalau nak amik, kena amik dua2 pulak! Adoi...pening kepala aku. Kalau nak amik dua2, buat masa ni memang aku tak mampu sebab si kakak dah masuk sekolah Darjah 1. Kalaupun nak amik dua2, bukan sekarang la. Kalau 5-6 bulan lagi mungkin la boleh kot...Tapi husband aku kata, buat apa nak tanggung anak orang ramai2? Seronok la bapak dia, lepas tangan macam tu je. Hummmm...dalam hati aku kata, bapak budak2 ni...adik dia jugak. Hahahaha!
Tak tau la macam mana keputusannya ni. Yang pasti, aku gembira sangat. Sebab akhirnya, adik ipar aku tu bagi jugak anak dia untuk aku jaga. Aku gembira bukan sebab apa...sebab aku nak pastikan masa depan budak ni lebih cerah, dapat didikan yang sempurna.
Aku ikhlas buat semua ni. Betul-betul demi masa depan mereka. Mereka tak bersalah dan mereka tak patut menjadi mangsa kemelut rumahtangga ibu bapa yang tak bertanggungjawab...doakan aku berjaya dengan hasrat aku untuk jadikan mereka manusia yang berguna satu hari nanti!
Isnin, 9 November 2009
Melangkah ke Dunia Baru
Dah lama tak update blog ni. Busy dengan macam-macam benda especially melayan Facebook...addicted! Aiyyoooooooo....
Life...macam biasa. Masih menunggu keajaiban dari Yang Maha Esa...namun aku dan suami tak berhenti berdoa moga Allah makbulkan impian kami berdua untuk menjadi mama dan papa satu hari nanti...please Allah, kurniakan kami zuriat...
Kadangkala, memang terasa bosan sangat tanpa kehadiran si kecil dalam "Rumah Kecil" kami ni. Tambah-tambah pula suami memang hari2 balik lambat. Pukul 2 atau 3 pagi baru sampai rumah. Paling awal pun, pukul 12 malam. Bayangkanlah bagaimana rasanya aku duduk sorang-sorang di rumah tanpa teman. Tapi...mungkin ada hikmah disebaliknya kenapa Allah lambatkan "kurniaanNya"' tu. Hanya Dia saja yang tahu.
Well...aku tak duduk diam. Boring siot! So, aku sekarang dah buat bisnes. Walaupun kecil-kecilan je, tapi ok la...aku sekarang buat bisnes barangan kecantikan, yakni Kosmetik CT-II. Selain tu, aku juga dah ada kedai....taraaaaaa!!!! Tapi...kedai online je la! Hehehehe...eh! Kedai gak tu, kan? kalau ada masa, lawat la kedai aku..."ANJUNG CENDANA" namanya. Link nyer macam yg kat bawah ni...
http://anjungcendana.blogspot.com/
Baru ada 1 produk je...masih lagi dalam pembikinan. Tapi boleh la nak cuci mata sikit.
Ok la..aku akan update lagi soon. Bye!