Selasa, 28 April 2009

Pasir Putih Di Tepian Pantai

Seramai manakah keluarga Allahyarham Mat Jali dan Allahyarhamah Che Puteh? Sekuat manakah ikatan darah yang terjalin di kalangan anak cucu? Disebabkan itulah, pada tanggal 4 April 2009 iaitu pada hari Sabtu bertempat di Pantai Teluk Batik, Lumut, Perak, seluruh keluarga Mat Jali dan Che Puteh dikumpulkan bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang sememangnya sudah erat. Walaupun tidak semua yang datang kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, namun kami berjaya juga mengumpul lebih 40 ahli keluarga dan yang paling penting, setiap keluarga ada wakilnya kecuali keluarga Ayah Uda Din. Memang meriah sangat-sangat!
Inilah coretan kisah sepanjang program Family Gathering tu berlansung....

Seawal 6.30 pagi...aku, mak dan Ijan dan ke dapur nak siapkan makanan yang kami nak bawa ke Teluk Batik. Ayam, ikan dan sotong untuk barbeque aku dah perap awal-awal petang semalamnya. Pagi tu cuma nak masak ayam masak merah, telur dadar dan juga Air Asam untuk barbeque nanti.
Mak pagi tu tiba-tiba mogok...tak nak pegi. Jenuh la memujuk sampai menantu pun tolong pujukkan sekali. Rupa-rupanya mogok tu helah je taknak pegi. Dia takut mabuk dalam kereta sebenarnya. Tapi kami usaha juga pujuk ajak pegi. Yelah, aktiviti kekeluargaan macam ni, julung kali kami buat. Kalau ada yang tak pegi, rugi betul rasanya!
Lebih kurang pukul 9.30 pagi aku, Abg Jie, Ijan, Mak & Abah bergerak dari rumah naik kereta SAGA baru Ijan. Aku yang terpaksa drive sebab nak bagi balance sikit berat yang ada. So, Ijan dan aku terpaksa duduk depan...sendiri mau ingat la kenapa...hehehehe! Dah janji dengan keluarga Ayahcu dan keluarga Ayahcik untuk konvoi dari Sungai Ranggam. Dalam tak sampai setengah jam, kami pun sampai kat depan Sekolah Menengah Sungai Ranggam. Tak lama lepas tu kereta Ala yang bawa Ayahcik dan Wancik sampai diikuti kereta Is yang bawa Dayah dan Wancu serta anak Dayah, si Amni. Tapi agak frust juga la sebab Ayahcu tak dapat join, dia tak dapat cuti kata Wancu.
Dalam pukul 11 lebih kurang, kami pun sampai. Ala yang mahir selok-belok Teluk Batik tu, terus pegi cari 'port' yang baik punya untuk kami bentang tikar. Tapi tiba-tiba hati aku jadi cuak sebab gerimis mula turun. Alahai...macam mana nak barbeque ni? Kepak ayam punya la banyak, ikan cencaru lagi...sotong lagi! Macam mana nak makan makanan yang punya la banyak kalau hujan? Arghhhh...tapi, tak hujan la! Saje bikin gempak je...yang turun, sekadar hujan-hujan manjer....
Setelah semua selesai, Abg Jie, Is dan Ala mula siapkan tempat untuk barbeque. Tapi...alamak! Nak bakar macam mana...kayu arang tak sampai lagi! Kayu arang Kak Zila yang bawak tapi dia belum sampai. 15 minit lepas tu baru Kak Zila sampai. Maka proses membakar ayam, ikan dan sotong pun bermula...panas giler siot! Dah la memang cuaca memang panas, duduk pulak tepi pantai...berdiang dengan api...perghhhhhhhhhhh! Tapi takpe, yang penting...ENJOY SANGAT!

Ni masa baru je sampai...baru nak landing lepaskan lelah angkut barang dan makanan dari kereta ke tepi pantai. Jauh gak jaraknya.
Time ni Kak Zila baru sampai. Sementara Abg Jie, Is dan Ala hidupkan bara...kami semua 'melapik perut yang sangat la berkeroncong dengan bihun goreng yang Kak Zila bawa...
Kak Zila dah start buka semua stok makanan...yang penting, pecal yang Wancu bawak...perghhhhh! Bergegar iman dapat makan pecal ni wa cakap lu!

Makan time! Elok-elok tgh memanggang sambil menepis-nepis semut gatal yang menggigit kaki, Kak Yang Kuntum sekeluarga sampai dari Putrajaya. Bertambah la kemeriahan sebab jumlah kanak-kanak dah makin ramai. Budak-budak ni dah excited tengok air laut sebab nak mandi...melebihi excited nak makan ayam panggang...sabor je le!
Abg Doi yang berbaju merah siap berkacamata hitam...dengan aksi macho menyelit kat belakang Ayah Chor yang sedang syok mengunyah apa entah...banyak sangat makanan hari tu, aku pun naik pening nak makan apa...adoi!

Si Qayyum anak teruna Kak Zila ni kemain sopan senyumnya...posing syok sendiri nampak?

Ni pulak...antara aksi-aksi ganas umpama dah 10 hari tak jumpa makanan. Sabor je le weh....
Ni macam mogok je...apa ke heh? Wancik Onte pulak jauh benor merenung ke laut, teringat banyak baju orang upah ke? Hehehehehe.... Wan Anjang Ton pun datang juga...tapi anak-anak dia yang ada cuma Abang Doi sekeluarga je. Kalau la datang semua...Pantai Teluk Batik tu penuh dengan cucu cicit Mat Jali je gamaknya!

Jom kita saksikan pulak aksi-aksi ganas mandi laut...yang paling ganas Achik Mail ler, sanggup mandi pakai tuala jer! Tak dapat nak bayangkan le kalau tuala tu kena hanyut dek ombak...ark!

Yang ni lagi la ganas...memang takkan dapat tengok di waktu lain...
Entah apa la yang ditengok diorang 3 beradik ni...Achik Mail, Anjang Ton dan Ayah Liyeh. Masa ni Ayah Liyeh baru sampai, lewat sikit sebab dia ada family day tempat keje dia dekat-dekat situ jugak. Abang Ngah Yan dan Kak Mala pun sampai lewat sikit sebab ada urusan di sekolah. Lambat pun takpe, janji datang!

Yang ni final part...disebabkan makanan terlampau banyak, maka banyak la berlebih. Apa lagi...tapau la. Tokeh menapaunya...tak lain tak bukan Kak Zila dengan Ijan Catering ler!

Antara wajah-wajah ceria anak cucu Mat Jali dan Che Putih...
Setelah penat bermandi manda, bergelak ketawa dan tergolek-golek kekenyangan, hari pun dah petang...maka tibalah masanya untuk pulang. Sedih la pulak rasanya, entah bila gamaknya nak berkumpul lagi macam ni...huk huk huk...sentimental la pulok!


Sesi bergambar...dimulakan dulu dengan hero-heronya.

Dari kiri: Abg Aziz (Suami Kak Zila), Achik Mail, Ayah Liyeh, Abg Jie (Suami Zura a.k.a Aku ler...), Ayah Chor, Abang Ngah Yan, Abg Sham (Suami Kak Yang Kuntum) dan Ala. Eh...mana Abang Doi waktu ni ek? Takde la pulak....baru aku perasan...

InsyaAllah...tahun depan kita jumpa lagi untuk Family Gathering 2nd edition...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Very good family ties...

Lady Gaga berkata...

Meriahnya suasana ek? Memang selalu ke buat gathering macam ni? DJ Azura semakin bulat nampak? Dah ada isi ke tu?