Jumaat, 20 Februari 2009

Hari Melaram Sedunia

Ini ada sikit lagi cerita Rewang II@SELANGORfm 2009 di Ruang Legar Wisma Radio, Angkasapuri. Sebelum tetamu datang, semua DJ memeriahkan konti seawal 8 pagi. Hari tu memang hari untuk kami melaram dalam rona hitam putih. Aku pun terpaksa la korek almari pakain, cari balik baju yang ala2 perasan cun! hahahaha....tapi biasa la, baju zaman anak dara dulu, bila nak pakai balik selepas setahun usia perkahwinan...sendiri mau ingat la! Tapi mujur la masih boleh disarung..maknanya takde la kuat sangat naiknya kan? Wah!!!
Pagi tu Zainal Rahman atau DJ JR007 yang on duty...sempat la buat kacau sikit kat dia pagi tu...tengok la muka terkezut dia. Syok oooo...dah lama kami nak buat aksi macam tu tanpa dia tau! Hahahaha...
Aku dan Wawa...dua kuasa wanita bersatu dalam "Aura Wanita" siaran setiap Khamis 9 hingga 12 Malam, khas untuk wanita sahaja. Lelaki duduk diam-diam ek....

Masih di dalam konti, posing maut dengan DJ Fairuz, DJ Syed dan juga newbies...DJ Dassky the "Papa Yo"....and two ladies yang comel giler tu...tak perlu diperkenalkan lagi ok? Wakakakaka!

Pose maut yang sama tapi ditambah dengan seorang lagi diva comel untuk menenggelamkan 3 jejaka yang tak abis-abis control hensem tu! Tu la Puan KBR kami...Kak Sal!