Selasa, 3 Februari 2009

Karaoke@Rewang II SELANGORfm

Program Rewang@SELANGORfm memang meriah giler dengan kehadiran lebih seribu pendengar SELANGORfm. Memang letih sejak pagi sampai petang melayan semua tetamu yang datang. Program-program radio pun semuanya gempak di hari istimewa tu. Aku dapat duty malam...ikutkan memang la penat sangat sebab siangnya sibuk dengan kehadiran para pendengar...beramah mesra dan sebagainya, tapi disebabkan teruja nak menjadi penyiar yang menutup tirai siaran khas 24 jam untuk REWANG II hari tu, aku gagahkan juga la...walaupun sebenarnya jenuh paksa suami ikut sekali sebab tak larat nak drive...heheheheh!

Tokeh kedai karaoke malam tu...sape lagi kalau bukan A. Razak Ismail!

Antara gambar-gambar menarik sepanjang duty malam tu di konti bersama DJ Raz, DJ Naim dan juga artis undangan iaitu pelawak Abon.
Lepas habis konti iaitu pukul 12 Tengah Malam, sempat la berposing. Abang i pun tak ketinggalan turut serta...sporting you! Cayalah!

Tiada ulasan: