Khamis, 12 Februari 2009

Khaleesa 2009

Sekejap je rasanya masa berlalu...sedar-sedar, dah dekat 3 tahun umur Khaleesa Qistina. Dalam 4-5 bulan lagi...Khaleesa akan dapat adik! Hehehehe...tak tau la setembam mana adiknya tu nanti. Yang pastinya...Khaleesa dah besar sekarang, keletahnya sangat menghiburkan, dah pandai bercakap pulak tu...

"Adik nak pasang wiwi ma..." (wiwi = TV)
"Ma, adik nak kokok..." (kokok = Keropok)


Yang penting, sekarang dah pandai nyanyi tau! Kemain lagi gayanya nyanyikan lagu Adam yang tajuk "Benar-Benar" tu! Hahahahaha.....

Khaleesa dengan abang Firdaus dia...
Khaleesa dengan mama dia...

Khaleesa dengan makcik dia yang besh, peace! hehehehe!