Khamis, 12 Februari 2009

Best Laksa In Town!

Emmm...jom makan laksa! Hehehehe....

Aku ni, baru je sebut perkataan laksa, dah terliur. Kadang-kadang, bila tengok citer "Man Laksa" pun dah meroyan aku teringin nak makan laksa. Memang peberet aku sangat2. Dua hari dua malam makan laksa je pun aku tak kisah, takyah makan nasik pun takpe!
Cuma yang penting, laksa tu kena buat sendiri. Yang beli punya, rasa tak sempurna la. Kalau buat sendiri, memang mabeles! Hua hua hua! Tapi serious what! Laksa yang aku buat, datangnya dari hati yang betul-betul true love ngan laksa ni, that's why sedap...lazat dan jadi pujaan ramai. Makan sekali, pasti akan tambah lagi. Hahahaha!

Okay, aku nak kongsi petua macam mana nak hasilkan laksa yang best ni. Yang paling penting kuahnya la. Pastikan memilih ikan segar, ikan kembung yang ada belang kuning kat tengah-tengah badannya. Jangan beli yang licin dan kebiruan tu...tak lemak. Kuah laksa ni, yang penting juga...daun kesum kena banyak, bunga kantan sikit pun takpe. Asam keping kena cukup, belacan, garam dan perasa. Ada semua tu, maka sedap la laksa anda ok?

Okay, kalau nak pilih laksanya (mee nya tu la) cari yang laksa basah, yang kering punya...kureng kaw ok? Petua nak pilih laksa basah ni, tengok cara bungkusannya. Kalau yang nampak leper tu, jangan beli sebab liat. Cari yang bulat, sebab yang tu lembut sikit. Ni contoh laksa tapi yang dah masuk ke dalam pinggan la...hehehehehe


Tambahkan aksesori yang menarik dan menyelerakan seperti daun salad, timun, bawang besar, nenas (cari nenas madu tau! Tapi orang preknen jangan bubuh nenas la...) cili merah dan juga telur rebus. Sebenarnya ada satu lagi secret recipe yang memang aku je pengasasnya (perasan) tapi memang best. Nak tau apa rahsianya nak bagi laksa jadi tambah sedap? Jap lagi aku bagitau...


Okeh...ini la kuahnya....selalu kalau aku buat laksa, memang satu periuk besar sebab banyak mulut yang nak makan. Bukan senang nak tunggu aku luang masa nak masak laksa ni. Sebab tu ia jadi 'saat-saat yang diidamkan'....hahahahaha!


Okeh...sekarang, mandikan laksa anda yang dah dimekapkan ngan aksesori tu tadi ngan kuah laksa yang cukup masamnya, cukup garamnya, cukup lemaknya dan cukup aromanya.

Okeh...ini la secret recipe nya! Laksa anda akan berkali ganda sedapnya jika dimakan dengan sambal sotong. Pastikan sambal sotong tu dimasak kering-kering sikit, bubuh gula tau! Tapi jangan la sampai rasa macam pengat pulak, pastikan rasanya tetap macam sambal ok? Kalau tak caya, anda kena la cuba sendiri. Sedap ke tak sedapnya makan laksa ngan sambal sotong ni. Kalau dah rasa, mak mertua lalu kat belakang pun, kompom tak sedar...sebab syok hirup kuah laksa... Srrruuuuup! Srrruuuuup! Srrruuuuup!


Selamat Menjamu Selera!