Isnin, 8 Disember 2008

Anak Angkat?

21 Disember ni genap la setahun aku melayari alam rumahtangga. Tapi setakat ini, di saat catatan ini dibuat, aku masih belum berpeluang untuk bergelar ibu...satu tittle yang paling keramat untuk dianugerahkan kepada setiap wanita yang telah berumahtangga. Tapi takpe la...ini semua kuasa Allah. Ada sebab kenapa Dia belum nak bagi aku gelaran keramat tu...

Okaylah...tak nak cite sedih2. Sekarang nak cite pasal si kiut yang nakal ni. Nama dia Tasya. Dia ni pada mulanya aku nak amik jadi anak angkat aku. Nak bela...nak jaga dan nak bagi kasih sayang serta pelajaran secukupnya.


Tasya ni...dari broken family. Mak dan ayahnya dah tak tinggal sebumbung. Bukan bercerai pun tapi mak dia lari tinggalkan dia dan adiknya. Tak tau la apa perasaan mak dia yang sanggup tinggalkan anak-anak yang masih kecil...umur 3 tahun dan 4 tahun. Actually, ayah si Tasya ni adik ipar aku. Dia kawin muda...sangat2 muda, awal 20-an! Pendidikan pun ala kadar, so mentality pun ala kadar je dalam bab2 ni. Maaf la, bukan aku nak kata orang yang tak berapa nak sekolah ni mentality tak bagus tapi, cara berfikir tu terlalu cetek dan ambil mudah je.


Si Tasya ni dengan adik dia ni macam terbiar je. Bila mak ayah dah berantakan, anak2 terbiar. Hanya Tuhan je yang tau how naughty they are! Badan berkudis sana-sini, makan minum pun ala kadar je. Bila dah tak ada yang nak jaga, mak mertua aku take over. Tapi mak mertua aku ni sibuk keje...jadi cleaner sekolah. mana ada masa sangat nak layan cucu2 dia ni. Balik umah dah penat, lagipun mak mertua aku ni tak berapa sihat, pak mertua pun sama. Tapi mak mertua aku terpaksa keje untuk segala perbelanjaan. Bapa si Tasya ni keje tak menentu. Kalau ada...ada la. Kalau takde keje, lepak kat umah depan tv je lah! So...can you imagine apa akan jadi dengan future dua beradik ni?


So...disebabkan aku pun takde anak lagi...aku offer diri untuk jaga Tasya. At least, terbela la juga masa depan dia. Seriously, aku tak sampai hati nak tengok anak sekecil itu terbiar. Tapi, ayah si Tasya ni tak izinkan. Puas memujuk tapi dia tetap berkeras taknak serahkan Tasya untuk berada di bawah jagaan aku. Padahal, bukan dia pun yang bela anak2nya ni. Semua dia campakkan pada mak mertua aku. Kesian orang tua tu. Dari muda sampai la ke tua, tak pernah dapat berehat. Bapa si Tasya ni, sesekali je dia balik umah mak mertua aku ni. Itupun cuma balik makan, lepas tu keluar balik. Nak kata kerja, kerja apa yang dia buat? Aku tak kisah kalau dia kata dia nak jaga anak2 dia sendiri kalau dia betul2 jaga dan bagi kasih sayang, tapi sebaliknya...budak2 tu sangat dahagakan belaian dan kasih sayang ibu ayah. Yang ada cuma kasih sayang dan belaian atok nenek. Aku pun tak boleh nak buat apa, dia bapa...lebih berhak ke atas anak2nya dan dia lebih berhak untuk tentukan 'masa depan' anak-anaknya. Niat aku cuma satu...nak pastikan Tasya membesar dengan suasana yang lebih sempurna, masa depan yang lebih sempurna dan pada masa yang sama, nak ringankan beban mak mertua aku...


Baru-baru ni...bapa Tasya nak minta tolong support duit untuk kawin lagi dengan seorang wanita orang seberang. Ya Tuhan...isteri masih belum diceraikan tapi dah sibuk nak kawin lagi dengan duit sesen pun tak ada! Isterinya dah berkali tuntut cerai tapi dia masih tak mau lepaskan. Aku dulu dah penah cuba pujuk untuk isteri dia balik kepada adik ipar aku ni tapi dia nekad tak mau lagi toleh ke belakang. Dia dah serik untuk hidup bersama...
Dia berkeras nak kawin juga, tapi sayangnya...bukan nak usaha cari duit. Yang dia tau, dia nak kawin dan semua adik-beradik kena support. Kalau tak support, dia nak lari tinggalkan mak dan ayah dia. Nak duduk jauh2. Habis...anak2? Entah la...aku cuma fikirkan masa depan Tasya dan adiknya...


Okaylah...lupakan dulu kisah rumahtangga tu. Ini la gambar Tasya. Aku penah bawa dia duduk dengan aku selama 2 minggu setengah. Tempoh tu dah cukup untuk meriangkan hati dia, makan pakai semua aku bagi secukupnya. Kalau sebelum ni nak minum milo pun setakat milo kosong, itupun sebulan sekali...aku bagi dia minum susu dutch lady 4, 5, 6...pakaian cantik2. Kalau sebelum ni naughty...lansung tak mau dengar cakap, sikit2 aku dah lembutkan dia. Belikan buku mewarna...pensil warna, crayon dan macam2 lagi yang sebelum ni dia tak penah terlintas pun nak dapat...but, in the end...ayah dia decide utk biarkan anak dia hidup dalam suasana yang dia sendiri suka...seriously, aku kecewa sangat. Bukan kecewa sebab tak dpt anak dia tapi kecewa dengan sikap dia...mungkin dia lebih suka anak dia berselubung kudis, kuku hitam tak berpotong, kepala penuh kutu...dan mungkin dia lebih suka tengok mak dia susah berpenat lelah di usia emasnya...


Bukan main seronok lagi Tasya bergaya dengan baju tidur baru...

Dulu...sebelum aku bawa duduk dengan aku, kat bawah bibir dia ni ada kudis. Tapi from the 1st day aku jaga dia, aku bersihkan betul2 dan ubatkan kudis dia. Alhamdulillah, lepas 3-4 hari, kudis tu pun hilang. Lepas 2 minggu...tinggal parut je sikit2....
...dan inilah Tasya (kiri) dan adiknya, beberapa bulan sebelum aku amik.

Yang ni pulak masa bawa Tasya jalan-jalan balik kampung aku kat Perak. Bukan main seronok lagi dia dapat balik ke kampung. Yela...sebelum ni tak penah tau pun kampung macam mana.

Yang ni pulak masa aku bawa dia jalan-jalan kat Jusco Bukit Raja. Dah lama dia mengidam nak naik mainan ni. Masa dengan mak ayah dia dulu, memang tak pernah dibawa keluar berjalan-jalan macam ni. Kesian dia kan....
Aku sempat bawa dia ke syurga mainan...bukan main excited lagi dia. Bercahaya mata dia tengok limpahan barang mainan yang begitu banyak dan besar2...Sayu hati aku tengok betapa gembiranya dia waktu tu...sungguh aku rasa sebak!

Dah puas jamu mata sambar mainan seketul dua...tiba masanya untuk tunaikan keinginan Tasya yang selama ni hanya tau menyebut je perkataan KFC tapi tak pernah dapat rasa macam mana la rasanya KFC tu...Nah! Makan la sepuasnya....

Tapi...itu la kali terakhir Tasya dapat bergembira dengan semua tu. Sekarang ni dia dah berada di bawah jagaan neneknya. Tahun depan dah nak masuk tadika. Dulu aku pernah plan nak masukkan dia ke sekolah tadika di Shah Alam supaya dapat didik dia dengan didikan yang terbaik. Supaya dah besar nanti boleh dapat kerja yang baik, kehidupan yang sempurna. Tapi dah ayah dia berdegil tak izinkan aku jaga anak dia, nak buat macam mana.
Aku cuma risau...risau kalau2 Tasya akan belajar sekerat jalan seperti mana mereka yang lain di sana. Sekolah setakat menengah rendah. Bila malas nak pegi sekolah, dibiarkan je. Aku risau amalan tak galakkan anak-anak ke sekolah merebak sampai ke Tasya...

Aku risau nak membayangkan masa depan anak kecil ini...apalah dosanya, tidak berhakkah anak kecil ini untuk menikmati kehidupan yang lebih sempurna?

Sesungguhnya...cerita Tasya ni memang betul2 buat aku insaf dan bersyukur dengan rezeki yang aku perolehi dan betapa sempurnanya kedua ibu bapa aku menjaga dan mendidik kami adik beradik. Cerita Tasya ini sangat membuat aku rasa betapa besarnya anak yang dikurniakan Tuhan kepada hambaNya...dan dengan itu, aku tak pernah putus asa berdoa, agar Tuhan kurniakan aku zuriat secepat mungkin, dan biarlah zuriat itu nanti jadi orang yang berguna...

3 ulasan:

aienidris berkata...

insya allah nanti rezeki sampai la tu. yang penting usaha, doa dan tawakal. idup zuraa!!!

Tanpa Nama berkata...

sy sedih sgt,air mata jatuh ke hati,zura kalo awak nak tau nasib kita sama,sy 8 thn kawin belum lg dpt baby,semoga semua wanita penyayang spt kita yg belum ada baby cpt2 dpt,amin!!!!

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah, masih wujud lagi org y berhati mulia seperti anda. Semoga Allah memberikan rezeki yang murah & memberkati kehidupan kepada anda sekeluarga..