Rabu, 29 Oktober 2008

Cabaran Seorang Penerbit

Bukan mudah untuk memikul satu tanggungjawab. Apatah lagi untuk memastikan satu program itu sukses mengikut apa yang dirancang. Ditambah pula, kalau program itu melibatkan audiens yang ramai. Bagi penerbit yang dah lama dalam bidang ni, mungkin tidak ada apa-apa masalah. Tapi, bagi aku yang baru nak mula bertatih ni...aduhai! Rasa nak pitam...Banyak perkara yang aku kena belajar, apatah lagi bila ia berkaitan dengan artis...
Okay la...kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman aku menjadi penerbit untuk satu program bersama Penjara Sungai Buloh, yang diberi nama "Jalinan Mesra SELANGORfm dan Penjara Sungai Buloh"...pendek cerita, kira macam program Hari Raya la. Sebagai stesen radio, seperti biasa la, kami kena sediakan hiburan untuk program tu. Kira macam nak buat konsert la untuk menghiburkan kakitangan Penjara Sungai Buluh dan ahli keluarga mereka. Sebagai penerbit...aku kena pastikan semuanya berjalan lancar. Tak kira la macam mana aku nak buat, asalkan semua orang terhibur. Sebenarnya...program ni di bawah terbitan DJ lain tapi last minute ada emergency, so aku yang terpaksa ganti.

Walaupun program bermula jam 8 malam tapi pukul 5 petang, aku dah bertolak dari Shah Alam menuju ke Penjara Sungai Buloh. Mujur ada pemandu, kalau tak...meraba juga aku yang buta jalan ni.

Cabaran bermula apabila kesemua artis tersangkut dalam jem. Kebetulan hari tu hari Jumaat dan hari Isnin tu cuti umum, jadi ramai la yang berpusu-pusu nak balik kampung. Mungkin sebab tu jalan jadi jem. Pukul 6 lebih, Izwan Pilus call...dia baru abis PC dan baru nak gerak balik ke rumah...mandi dan bersiap sebelum bertolak ke Penjara Sg Buloh. Alamak! Aku tepuk dahi...cuak betul membayangkan pukul berapa dia nak sampai nanti memandangkan jalan yang jem giler di semua arah. Tapi aku cuba tenangkan diri.

Tak lama lepas tu...dalam pukul 7 lebih, PA Siti Sarah pulak call...bagitau lambat sikit. Reason seperti yang dijangka, jalan jem teruk. Alamak...macam mana ni? Call time pukul 7.30 nih! Ali Mamak yang sepatutnya jadi pengacara bersama Abon malam tu, 'tersilap perhitungan' sebab dia ingatkan program tu kat Penjara Kajang, sebab tu dia terima job di Melaka untuk High Tea. Tapi lokasi sebenar di Sungai Buloh...lari timing dia untuk sampai. Itu satu hal...aku tak salahkan dia sebab memang silap aku tak call dia 2 hari sebelumnya.

Dato' DJ Dave pulak...call bagitau dia lewat sikit. Dalam 8.30 baru boleh sampai. Alamak...alamak dan alamak! Show akan start pukul 8.30 malam. Emmm...dalam hati berdoa semoga Dato' boleh sampai sharp. Alamak...mana Stacy AF6 ni? Aku pun call manager dia...fuh! Syukur...dia on the way, dah nak sampai pun.

Pukul 8.15...PR Izwan Pilus call...SESAT! Ooooo mak! Sakit kepala den! Sebab aku memang tak tau jalan...buta! Terpaksa cari orang pulak untuk bagi direction. At the same time...manager Stacy call bagitau dah sampai. PA Siti Sarah pun sama...bagitau dah sampai. Alhamdulillah...aku urut dada kelegaan!

Semua berkumpul di holding room untuk dinner sebelum show bermula. Pihak urusetia maklumkan, show kena start kul 9.00 malam sebab diorang ada program cabutan nombor bertuah. Alhamdulillah...lega aku! Lastly, berjaya jugak la konsert berlansung dengan jayanya dan yang penting, semua orang terhibur.




















Yang paling mengembirakan warga kerja Penjara Sungai Buloh ialah dengan kehadiran Stacy dengan lagunya "Aku Stacy" yang meletup2 tu! Walaupun diserang migrain, tapi show Stacy malam tu cukup mantap! Tak kurang juga hebatnya artis lain seperti Dato' DJ Dave sendiri, juga Siti Sarah Raisudin dan juga Izwan Pilus.


Waktu untuk bersantai2...lega konsert berjalan lancar. Aku dan DJ Wawa sempat kasik pose manja....hahahaha!
With The Newbies...DJ Fiza (baju putih), DJ Nasir (duduk baju hijau) dan DJ Naim (duduk baju putih). Yang kat sebelah kiri aku yang ala2 tersepit kat tengah2 tu nama dia Yani...pembantu bahagian Pemasaran SELANGORfm.


Sampai masanya semua DJ dan pegawai penjara kena 'dera' untuk berjoget lambak kat atas pentas. Ni pengalaman pertama aku join joget lambak macam ni walaupun di tempat Mak mertua aku kat Johor, joget lambak macam ni memang famous tiap kali kenduri kawin. Cumanya, masa aku kawin dulu...tak sempat nak buat, lagipun aku yang tak berapa nak...hehehe...

Tiada ulasan: