Khamis, 16 Oktober 2008

In memory...Pegawai Khas EXCO

Rasa macam tak percaya je bahawa aku penah bergelumang dalam dunia politik selama lebih 2 tahun. Kawan-akawan aku pun ada yang terkejut sebab aku ni sejak di zaman sekolah lagi, sampai la ke universiti, memang menyampah gile dengan politik. Tup-tup keluar je dari universiti...1st job aku ialah sebagai Pegawai Khas kepada EXCO Selangor. Memang la nampak macam tak politik sangat tapinya, disebabkan bos aku adalah orang kuat UMNO, maka secara automatiknya aku terus berkecimpung dalam dunia politik. Yang peliknya, dari perasaan benci giler, aku dah mula minat pulak ngan dunia politik ni. Tapi takde la sampai bercita-cita nak jadi YB...

Banyak pengalaman yang aku cedok selama 2 tahun lebih kerja dalam bidang ni. Semuanya...mati hidup balik pun, aku takkan dapat repeat balik. Paling manis buat aku ialah masa Perhimpunan Agung UMNO tahun 2005 di PWTC. Disebabkan bos aku adalah antara Ahli Majlis Tertinggi, so aku dapat la masuk ke dewan dengan pass VIP dan duduk di kawasan VIP di mana kesemua yang duduk di situ ialah Pegawai2 Khas kepada menteri-menteri yang jadi Ahli Majlis Tertinggi. Yang bestnya...tiba waktu rehat untuk makan, aku makan sekali dengan VIP2...termasuk Pak Menteri. Sampai sekarang aku rasa macam tak percaya je boleh minggle around dengan menteri-menteri...biar betul? Pastu menggigil rasa seluruh badan saat bos aku panggil suruh salam ngan Pak Lah...memang scary giler!



Okey la...tinggalkan dulu kenangan-kenangan tu. Gambar ni aku amik kat Perumahan EXCO Selangor yang nilainya berjuta-juta ringgit tu...memang cantik giler! Macam resort percutian beb! Siap ada Club House yang dilengkapi swimming pool lagi!

Ni masa jadi organizer Kongres Wanita Melayu Profesional di PWTC anjuran Wanita UMNO Malaysia tapi aku adalah antara anchor utama penganjurannya from the beginning till the end. Letih giler siot...3 hari 3 malam tak tido!
Antara wanita melayu profesional yang hadir ke kongres tu...yang mana akhirnya jadi second bos aku, tapi hanya untuk sebulan setengah sebelum aku blah!
Ni masa majlis makan malam dengan Datuk Seri Rafidah Aziz di Dewan Jubli Perak, Bangunan SSAAS, Shah Alam anjuran Wanita UMNO Shah Alam.
Ni pulak masa Majlis jamuan Hari Raya UMNO Bahagian Kelana Jaya di Dewan D'Klana, Kelana Jaya. Dalam sibuk-sibuk layan tetamu, sempat gak amik gambar ngan Tan Sri Muhamad Md Taib dan Puan Sri Asbi Rohani yang memang sporting giler.

Tahun 2005...dengan YB Norliza, ADUN Selat Klang di Program Power Walk anjuran HEWA Selangor...gaya je lebih tapi aku tak join pun sukan tu...hahahaha!
Dengan Once...yang time tu tengah meletup dengan "Dealova" nya. Masa ni ada konsert Ambang Merdeka di Dataran Shah Alam. Rupa-rupanya, kalau penyanyi seberang datang Malaysia, kemain over dia punya bodyguard kan? Bukan sebarang boleh amik gambar ngan artis sana. Aku ni pun bernasib baik sebab yang menganjurkan program ni Jabatan kebudayaan Selangor. Tuan Pengarahnya dah janji nak bawak aku and the geng jumpa Once kalau kami datang malam tu....selamba badak je buat muka eksen ngan bodyguard dia yang jeling kami semacam!
Ni la geng-geng pejabat EXCO yang serbu Once malam tu...

Tiada ulasan: