Rabu, 15 Oktober 2008

Raya 2006

Ni masa raya 2005. Kenangan raya tahun 2005 memang sangat2 special. Nak tau sebab apa? Sebabnya...kalu pagi raya orang semua sibuk bersiap pakai cantik2 nak semayang kat masjid dan pergi beraya tapi kami sekampung, bangun tido je dah dikejutkan dengan sesuatu yang gempar. Air sungai tiba2 banjir dan air naik begitu mendadak sekali. Memang kelam kabut giler pagi tu sebab kami semua sekampung ni sibuk pegi pindahkan kereta ke tempat yang lebih tinggi. Jauh giler lak tu! Kalau naik motor, dalam 10 minit la. Tapi kalau jalan dah tenggelam, bayangkan la nak jalan kaki macam mana....Okeh...lupakan dulu cerita banjir sebab gambar banjir akan menyusul kat bawah2 ni nanti. Kita layan kerenah bebudak ni dulu...
Yang ni cucu mak ngan abah aku yg kat Klang tu. Muka nakal giler dan sangat excited nak ikut atok gi semayang raya kat masjid. Tapi sebenarnya diorang tak tau bahawa mereka akan ditinggalkan. Hahahaha! Padan muka.
Ni la makcik yang paling best tau. Korang takkan jumpa makcik yang best macam ni. Ahaks!
Ipan dan mama dia yang sedondon.

Ipan yang dah comot...lepas kecewa tak dapat ikut atok gi semayang raya. Terpaksa upah dengan gula-gula!

Mak ngan abah aku sedondon biru muda. Aku la yang punya keje. Belikan baju raya yang sedondon supaya nampak lebih romantik gitu! Tapi mak aku ni kan camera shy...tengok la tu, malu-malu je.

Mak ngan abah aku dengan cucu-cucu dari Ipoh. Qayyum, Firdaus dan Haiqal. Diorang balik seminggu lepas raya sebab raya kat umah mek diorang kat Bachok dulu. Baju raya pun entah ke mana peginya...

Khaleesa kecik lagi time ni. Baru beberapa bulan umurnya. Tido je kejenya, sebab tu debab!

Aku ngan kakak aku. Masa ni dia kurus sikit sebab masa dalam pantang aritu dia makan ubat jamu yang menguruskan badan...kecut la sikit. Sikit jer...

Khaleesa dah siap nak balik dah ni...labuh je pipi tembamnya tu!

Ni la penyu aku. First time dapat kete sendiri. Ingat nak meronda beraya umah kawan-kawan, tapi malangnya banjir pulak. 4 hari selepas raya baru air surut dan boleh bawak balik kete balik umah. Masa tu kawan-lawan semua dah tak ada kat kampung. Nak beraya pun takde maknanya lagi dah...

Tiada ulasan: