Khamis, 16 Oktober 2008

Banjir Raya 2006

Okeh...ini cerita banjir raya tahun 2006. Kampung aku ni memang selalu sangat banjir. Tiap-tiap tahun mesti tak penah miss. Selalunya banjir ni masa musim tengkujuh je tapi kat kampung aku ni tak menentu. Suka ati dia je bila2 nak banjir. Tahun 2006 ni pulak...banjirnya datang di pagi raya. Aduhai...seksa!
Gambar ni ialah satu dewan orang ramai yang dah tenggelam. Tapi dewan ni dah tak digunakan lagi. Dah jadi tempat tinggal Bangla & Indon, pekerja ladang kelapa sawit kat kampung aku. Bila banjir macam ni, terpaksa la diorang melarikan diri ke tempat lain.
Okeh...let's start dengan hari pertama air mula naik. Ini jalan nak masuk ke rumah aku. Paritnya dah mula nak melimpah. Time ni, cacing gelang dah mula naik ke daratan...yark!
Adik aku dengan anak-anak sedara aku baru nak bermanja-manja dengan air. Tapi Ipan takut sebab dia geli tgk puluhan cacing kat atas jalan tu...aku pun geli beb! Macam mana la nak jadi penternak cacing nih...adoi la!
Bila dah masuk hari raya ke-3, takde tanda-tanda air akan surut. Cuti pulak dah semakin susut. Jadi terpaksa la balik jugak. Tapi aku saje je sambung lagi cuti sebab dah lama tak menikmati suasana banjir! Ada ka lagu tu! Hahahaha...Disebabkan semua kereta dah dihantar ke ban tinggi...maka terpaksa la naik bot pergi ke sana untuk keluar dari kampung. Masa ni, kencang la pendapatan pemilik bot penambang. Bayangkan la, satu kampung gunakan khidmat dia. Yang usahakan khidmat bot penambang di kampung aku ada 2 je pun...

Faris dah cop awal2 naik bot ngan atok sementara yang lain-lain terpaksa la tunggu bot penambang sebab bot atok kecik je.... Ni la antara yang terpaksa menunggu bot penambang...suka benor Ipan ye?Dalam bot penambang...Akmal duduk ngan mama...

Ipan pulak duduk ngan baba...Haaaaa...dah sampai pun ke ban tinggi. Tapi nak ke ban tinggi kena cross jambatan dulu sebab ada sungai. Yang ni...sebelahnya je jambatan tu. Sempat gak la Akmal dan Ipan main air untuk kali terakhir sebelum balik ke Klang.

Nak menuju ke jambatan yang dekat ngan ban tinggi tu, kena redah air. Kat belakang tu sebenarnya jalanraya. Tapi semuanya dah tenggelam. Yang tu nampak je paras peha...tapi kat belakang2 tu ada yang sampai paras dada. Jalan kaki kalau takde air...ada la dalam 10-15 minit tapi kalau banjir lagi la slow...yang bestnya...dah jadi macam pesta air time tu sebab bot2 berenjin boleh jalan kat atas jalan tu. Bot penambang yang tadi tu hanya boleh hantar sampai tepi sungai je sebab besar sangat, takleh lepas sampai tempat ni. So, bot2 kecik macam yang abah aku duduk tu la yang akan angkut wanita serta kanak-kanak sampai ke jambatan. Manakala kaum lelaki kena la redah air...tapi aku decide untuk redah je air tu. Dah lama tak berendam! Tapi, itu setelah kompom 100% tempat tu bebas dari lintah sebab kebun kelapa sawit di kiri kanan jalan tu selalu diracun dengan racun rumpai...so, selamat la walaupun dalam hati aku cuak juga!
Contoh pesta bot kat atas jalan...
Yang ni kat depan umah kawan aku je. Saje aku amik gambar ni sebab nak bagi bukti kat bos aku yang tak percaya kampung aku banjir bila aku bagitau kampung aku tenggelam banjir. Masa ni aku keje ngan EXCO Selangor lagi...

Tiada ulasan: