Isnin, 13 Oktober 2008

My Little Khaleesa

Ni la my Khaleesa Qistina Binti Ab Aziz, debab kan? Jangan terkejut, sebab gambar yang aku ambik ni masa dia baru sehari dilahirkan. Besar kan? See the aunty le dulu beb! Ahaks...

Dia ni anak kakak aku sebenarnya. Nak dapatkan dia ni, kakak aku kena tunggu 7 tahun tau! Sekali dapat, best giler sebab kami sekeluarga memang dah lama nantikan baby girl. Dia la cucu perempuan pertama untuk mak ngan abah aku. Abang-abang dia, lagi la seronok dapat adik pompuan.
Okeh...jom tengok lagi gambar2 Khaleesa yang lain.

Tengok la muka dia ni macam ada kuning-kuning sikit. Kena demam kuning la tu. Tak dapat la keluar hari tu. Kena tido kat Hospital Besar Ipoh lagi la jawabnya. Tapi bila dah bagi minum susu kambing, baru ok.

Ni Khaleesa ngan Makcik Zura dia, amacam...sama bulat tak? Hehehehe


Okay, yang ni pulak Khaleesa dah umur dua bulan. Muka dah kecut sikit. Masa ni, nak buat majlis Aqiqah untuk dia. Abah aku dah niat nak korbankan kambing dia sebab seronok sangat kali pertama dapat cucu pompuan.

Ni la kambing yang dikorbankan untuk buat aqiqah Khaleesa. Kambing yang paling abah aku sayang, kambing yang paling jaguh dan hero sekali dalam kampungnya...kampung kambing tu la! Tengok tu muka dia, kemain eksen lagi!

Haaaa...dah terkorban pun kau kambing. Gambar dia tengah disembelih takde sebab aku tak sanggup nak tengok, kesian la pulak. Sebab hari2 bermanja ngan dia, belai2 kepala dia...tiba2 kena sembelih lak. Lain macam je rasa jiwa, so better tak payah tengok...huhuhuhu...

Khaleesa dah besar sikit nih. Dah nak masuk setahun umur dia waktu ni.

Yang ni Khaleesa ngan abah dia masa sambut 1st Birthday dia kat Ipoh.

Tangis dan tawa...bila dah tumbuh gigi ni, asyik nak sengih je kejenya!

Tiada ulasan: