Rabu, 13 Mei 2009

Malam Dinner Yang "Blink-Blink"

Tanggal 17 April baru-baru ni, 3 stesen radio bergabung meraikan penaja-penaja yang dah beli iklan untuk siaran di radio kami, dalam satu majlis makan malam yang penuh glamour. 3 stesen yang terlibat ialah SELANGORfm, KLfm dan NEGERIfm. Tema dinner malam tu ialah "Glitters of The Night" atau "Malam yang Bergemerlapan". Maka, kami semua ni menggemerlapkan la diri masing-masing yang tak berapa nak gemerlap ni.
DJ-DJ SELANGORfm dapat mekap sponsor...siapa yang sponsor? Rahsia la. Tapi mekapnya memang kelasssssssssss sangat! Cantik betul...terima kasih kepada mekap artisnya iaitu Shida dan kawannya. Memang cantik sangat! Shida ni merupakan mekap artis untuk drama popular "PUTERI" lakonan Nora Danish tu. No wonder la hasil sentuhan Shida ni sangat memukau! Walaupun muka aku ni tak berapa la cantik, malam tu terasa la cantiknya (biarpun sekadar pujian syok sendiri....hahahaha)
Bersama DJ KLfm...sama hitam lak malam tu.
Aku dan DJ Suraya...malam tu dia menang sebagai "Queen of the Night" sebab baju blink-blink dia yang memukau hati dan perasaan juri.

Aku dan kawan-kawan...DJ Syed "Ahlan-ahlan", DJ Wawa "Bikin Panas", DJ Nazrie "The Notty Boy" dan DJ Suraya "Cik Mek Molek"

Malam tu ada pertandingan sketsa antara 3 stesen radio. Aku, DJ Syed dan DJ Fairuz mewakili SELANGORfm dalam persembahan kami yang bertajuk "Jin Yang Baik". Aku jadi "Nenek Bomoh"...ni kira nenek bomoh moden la sebab mata kelabu! Kwang kwang kwang! Tapi, jangan main-main sebab kami menang malam tu...JOHAN! Wa cakap lu....


Yang ni...dengan Cik Abang Sayang la pulak....

2 ulasan:

hawaDila berkata...

romantik nyer.. jeles tul

hawaDila berkata...

azura... mmg selama 4 bulan tuh ade simptom2 mengadung ke... loya2.. sakit bawah perut... pening2.. rase nak pitam ker... cube lah check ngan pakar... mungkin ade isi.. tp tak nmpk.. maybe org yg size comel2 nie payah sket kot nak nmpk melalui scan