Sabtu, 11 Oktober 2008

Inilah Duniaku!

Inilah duniaku...

Lahir tanggal 13 Februari 1979, menjadikan aku anak ke-6 dari 8 adik beradik yang kini hanya tinggal 4 orang. Abah aku, Haji Basir bin Mat Jali dan mak aku Hajjah Rodziah binti Lot.

Sebagai anak kampung, aku dibesarkan dengan penuh adat ketimuran dalam keluarga yang tak kaya juga tidak terlalu miskin. Alam persekolahan hanya bermula seawal 7 tahun tanpa kenal apa itu sekolah tadika. Bangga betul dapat sarung baju sekolah dengan tocang 2! Pendidikan awal aku bermula di Sekolah Kebangsaan Bandar, Kampung Gajah. Seronok sangat...bila dah pandai kenal huruf, aku dipilih untuk mewakili sekolah ke pertandingan membaca, dapat Naib Johan pulak tu!

Ketika Darjah 4, aku dah mula mewakili sekolah dalam macam-macam pertandingan seperti melukis, bercerita dan macam-macam lagi. Kenangan paling manis, aku berjaya mewakili zon ke peringkat daerah Perak Tengah dalam pertandingan bercerita kisah-kisah agama. Masa tu, tajuk cerita aku "Ashabul Fil" atau "Tentera Bergajah" iaitu kisah tentang tentera Abrahah yang nak serang Kaabah bersama bala tenteranya. Kemudian, Allah datangkan sekumpulan burung Ababil yang membawa batu dari api neraka dan dijatuhkan ke atas bala tentera Abrahah lalu mati semuanya. Ayat yang paling best dan tak boleh aku lupakan sampai ke hari ini..."Maka, matilah bala tentera Abrahan diserang burung Ababil dengan batu dari api neraka, seperti daun yang dimakan ulat!" Serentak dengan itu, aku pun mengangkat sehelai daun jambu bertih yang berlubang-lubang sebab dimakan ulat. Kelakar betul bila diingat balik. Bila dah berjaya jadi Johan di peringkat zon, ustaz aku...Ustaz Ahmad Sabki Hj Johar, bersungguh-sungguh melatih aku untuk jadi Johan peringkat Daerah pula. Bukan setakat dia, malahan cikgu aku...Cikgu Asmah, turut menyumbang bakti dengan membuat illustrasi di kepingan kad manila. Abah aku pula siap ukirkan sebilah pedang untuk aku...real giler rupanya walau sekadar sebatang kayu. Tapi...terkilan aku, sebab aku tak dapat jadikan impian mereka semua satu kenyataan. Aku hanya dapat Tempat ketiga je.

Sekolah menengah...tahun 1992 di Sekolah Menengah Sultan Abdul Jalil Shah, Seberang Perak. Masuk je Tingkatan 1, aku dah tinggal di asrama. Seronok la jugak walaupun pada minggu pertama tu nangis nyorok-nyorok sebab rindu kat family! Seawal Tingkatan 1 tu jugalah aku dan mula berjinak-jinak dengan dengan pelbagai pertandingan seperti deklamasi puisi, pidato, syarahan, berpantun dan sebagainya sehingga terpilih sebagai Tokoh Ko-kurikulum Terbaik dalam minggu Ko-kurikulum sekolah. Masuk je Tingkatan 3, dah mula mewakili sekolah sampai la ke Tingkatan 5. Disebabkan kekerapan mewakili sekolah ke pertandingan yang macam-macam tu, aku selalu tak masuk kelas sebab ada latihan. Apa lagi...selalu la kena kutuk ngan cikgu yang sebenarnya risau kalau aku tercicir dalam pelajaran. Ye lah, aku ni pun bukannya pandai sangat. PMR pun cuma dapat 2A, 4B dan 2C je. Tapi kutuk mengutuk cikgu tu aku jadikan api pembakar semangat sehinggakan aku berjaya dalam SPM walaupun selalu tak masuk kelas. Alhamdulillah...dalam SPM 1996 aku berjaya memperolehi Pangkat 1 dengan 13 Agregat, seterusnya melayakkan aku melangkah ke menara gading. Terima kasih kepada semua cikgu antaranya Cikgu Intan Rahmah Haji Salleh, Cikgu Omar Din, Cikgu Basitoh Ibrahim, Cikgu Rosli Din dan ramai lagi yang tak tersebut namanya. Terima kasih semua!

Dunia menara gading aku bermula di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Lembah Pantai. Aku sebenarnya tak yakin dapat masuk UIA sebab aku ni lansung tak pandai Bahasa Inggeris, Bahasa Arab apatah lagi la! Maklum la, aku ni budak kampung...sekolah kampung pulak tu. Tapi aku cuba juga. Akhirnya berjaya diterima masuk untuk kursus Sains Kemanusiaan. Dari Lembah Pantai, aku berpindah ke kampus Gombak kemudian ke Seksyen 17, Petaling Jaya. Habis matrikulasi pada 1999, aku memulakan pengajian di peringkat Ijazah dalam pengkhususan Komunikasi (Perhubungan Awam) di Kampus Induk di Gombak. Di kampus, aku tak la aktif sangat seperti mana di bangku sekolah. Aku sekadar mewakili UIA dalam pertandingan Deklamasi Puisi yang berlansung di Kolej MARA Kulim pada tahun 1997 dan berjaya menjadi juara. Itu aje la sekali pun. Lepas tu aku terus senyapkan diri. Paling tidak, aku hanya aktif dalam dunia pengacaraan...jadi pengacara majlis-majlis rasmi saja. Alhamdulillah, tahun 2004 aku berjaya juga menggenggam segulung ijazah setelah berpenat lelah bagai nak rak!

Habis belajar teori, aku menjalani latihan praktikal di Jabatan Komunikasi Korporat di TV3. Seronok sangat...macam-macam pengalaman yang aku dapat. Masa tu la baru kenal dunia sebenar kehidupan selebriti dan artis. Culture shock tu ada la sikit...tapi tak hanyut, Alhamdulillah.

Habis praktikal...aku dapat kerja sebagai Pegawai Khas kepada EXCO Selangor. Tapi 2 tahun lebih selepas tu aku berhenti sebab nak cari peluang lain yang lebih ada future dan kena dengan minat aku. Sebab keje sebagai Pegawai Khas ni, nama je gah. Tapi sebenarnya memang tak ada future...tak ada matlamat. Kemudian aku bekerja pula sebagai Eksekutif Perhubungan Awam di sebuah syarikat swasta. Tapi company tu lagi la haprak! Bosnya sangat2 la cerewet tak tentu hala dan lansung tak appreciate apa yang aku buat. Bukan la aku ni bagus sangat tapi aku tak pernah dilayan macam eksekutif sebaliknya dilayan macam kuli-kuli cabuk je. So...tak sampai 2 bulan kerja, aku quit! Tensionnnnn...

Haaaaaa...mungkin inilah hikmahnya atas segala ketensionan yang aku alami. Sebulan menganggur, aku mencuba nasib menjalani ujibakat sebagai Pembaca Berita Radio. Aku tak harap sangat nak ceburi kerjaya glamor macam ni tapi asalkan dapat keje, jadi la! Agaknya, dah memang ditakdirkan...aku berjaya terpilih untuk bekerja di stesen radio. Bukan setakat pembaca berita, malahan aku juga dapat jadi DJ! Wah...rasa macam bulan jatuh ke riba!

Sekarang....inilah aku. Inilah duniaku. Dua tahun bergelar DJ radio...aku puas! Puas kerana berjaya menggapai segala impian. Impian yang sebelum ini hanya sekadar anganan yang tak pernah terlintas akan jadi kenyataan. Inilah kerjaya yang memberi kepuasan untuk aku. Yang seiring dengan minat dan pengalaman "kecil" yang pernah aku lalui sepanjang melalui ranjau kehidupan aku sebagai anak kampung yang tak tau apa-apa pada asalnya. Tercapainya impian aku hari ini, semuanya atas berkat doa dan pengorbanan 2 insan yang paling penting dalam hidup aku...Hj Basir bin Mat Jali dan Hjh Rodziah binti Lot. Alhamdulillah, syukur kepadaMu Tuhan...Aku bermohon kepadaMu Ya Allah...masukkanlah kedua ibu bapaku ke dalam syurgaMu Ya Allah...amin.

4 ulasan:

basyo berkata...

yo yo ooo je.ok lh tp bg le kata2 smgt kt bebudak yg bercita2 tggi tp sgt lemah dlm akademik.mmg bagus blog anda ni.sbg pencetus dn idea untuk menjadikn dunia glamor sbg kerjaya.turunkn petua mcmana nk belajar dgn berkesan supaya dpt lebih byk'A'.contoh mcm anda.

basyo berkata...

amboi comelnya baby'big giant' tu.nmpknya x leh nk pecah rekod baby yg kt mexico tu.pe pe pn mmg cute le..mcm makciknya gak..mcmane nk kuar kn baby tu ek..terseksa luar dlm kn..nnti boleh ler citer kn mcmane le nk dptkn baby comel mcm tu..bila tgok dia senyum tenang jiwa raga..mmg comelll..mmm geram rasa nk cubit2 pipi dia yg gebu tu..

Azura Basir berkata...

Poyo jer...

aienidris berkata...

memang aku tau ko akan sampai ke tahap ni...gile hebat siyott! apa pun aku harap ko tak lupa kenangan 'ven helsing' dulu... kehkehkeh